Saturday, November 12, 2011

[ 57 ] apa itu POYO ?? [O_O]

"Hi"
"How are you?"
oke dah, bukan virus chat kat FB.
Asslamualaikum, ni post ke2 selepas aku stop blogging.
oke laa, ada jugak improvement untuk update entri baru.HAHA

oke, hari ni aku nak sembang sikit pasai...
  "POYO" 
pernah dengaq kan word POYO ?? macam2 istilah orang guna..

1) Nerd.
"dulu masa sekolah POYO habaq hang, la segak, comey, hensem, lawa"
haa, semua hak elok2 bagi kat dia semua, nak sangat.HAHA

2) buat 'cool' tapi sebenaqnya xcool pun.
seorang budak sekolah yang baru nak UP..
berjalan dikoridor sekolah dengan gahnya..
budak2 lain yang dok lepak. "POYO" sial mamat ni, bajet cool orang nak tengok.."
yang dok kata tu pun, hampa xsedaq ka hampa dok tengok dia dari tadi? HAHA

3) sombong, berlagak xkena tempat.
"eh tape2, biar Abang Q yang bayar, u all maken ape tadi?"
kawan yg lepak sekali bisik dalam hati,
"hok aloh, kemah lalu demo nii.. xdok duit buat gayo xdok duit.. pasa gewe jaa laju nak belanjo"
haa, jenih ni orang kata xsedaq diri, dalam duit xdak, buleh lagi belanja awek.
kalau tengah sengkek, awek paham laa. anda tu student lagi, kot keja dah lai ncrita laa.

4) mengada-ngada 
"u taw x, bf I beli kat i rantai taw. emas putih 750 lagi, auwww~"
kawan dia, "eh phuii~ POYO teruk dia ni, padahal SILVER 925 pasar malam Kangaq jaa"

5) "cakap tak serupa bikin" pun ada jugak
"oke fine. hampa dok kata aku Kaki Facebook, aku deactivate SEBULAN"
2 3 hari lepas tu, tengok kat News Feed, dok ada post baru.
"haha, hang ni POYO la weh~ kata ja lebih nak deactivate sebulan"

oke, dah nampak gambaran POYO tu macam mana?
aku cuba selesaikan persoalan yang aku xselesaikan dari dulu lagi.HAHA
macam2 istilah orang guna kan, ni baru sikit apa yang aku taw.
aku xpernah guna poyo2 ni dari dulu lg. seriously
baik aku cakap terus terang, dari dok guna word yang aku sendiri xpaham maksud,
dan orang lain pun xsemua paham maksud POYO tu.
yg aku taw, poyo ni ialah..

  POYO : Proud Of Your Ownself  
semua benda dia rasa dia hebat,
dia ada Bentley kat rumah, padahai tu keta pak dia.
dia ada awek cun tahap kalah Kim Kardashian,
selang 2 3 hari BREAK jugak.
dia ada iPhone, iPad, apa bala i i laa..
mau hempuk buang, pecah jugak.

oke dah habis, Asslamualaikum, jumpa di lain entri ^^

*macam budak ni laa, poyo.. bajet comel.haha :P*
ni kezen aku. ^^