Saturday, April 23, 2011

[ 48 ] rambut, uban, warna & mati. [apa kaitan]

ASALAMUALAIKUM :)

sapa ada rambut silver kat sini?
apa? xpaham apa dia?
sat2, sat naa, tnggu sat..


haha, nampak? kita pelan tua, pelan jadi macam tu la.
jgn tkejut la kalau umur baru 20, awet muda..
tapi ada uban, standard la bro, standard la kak :D
senang xmaw bagi nampak,
TARAH buang rambut~
 biaq tnggai mcm yg kanan tu.hehe XD
aku cakap sebab aku pun naik uban dah.

ingat lg, dulu masa kecik2, tok panggil....
maktok : amzar, mai sat..
*x dengaq lagi*
maktok : amzar~
*xdengaq jugak~*
maktok : weh AMZAR, tuli kaa? awat x dengaq xtaw~!!
*haha, baru kelupoq lari p kat tok.hee :D*
me : awat tok? awat2? xdengaq td, buka tv kuat.hehe
maktok : buka lg kuat2, biaq tuli telinga tu!! 
*seriously, muka tengah bengang tu*
me : dak dak, xbuat dah. ni nk suruh cabut uban ka?
maktok : haa laa, pnggil ang x menyut.
satu uban tok bagi sekupang
me : oke tok, 200 amzar cabut. satu kpala pun xpa.HAHA
*awal2 cakap besaq laa, dkat 20, penat. =.= *

dulu dok cabut uban orang,
lama laaa~ ibu lak mai dok cabut uban aku.haha
dah sama2 beruban belaka XD
*TULI : pekak*
*SEKUPANG : 10sen*
*MENYUT : jawab*
aku pun dok tpikiaq jgk mcm orang kata..
kadang2 orang kata sebab beberapa faktor.hmm
1st : faktor umuq.
[yg ni telah laa]
2nd : faktor keturunan
[mungkin laa~]
3rd : faktor kekurangan vitamin B12
4th : faktor MEROKOK 
[cek google search]
5th :  : faktor banyak gunakan otak
[kononnya kuat study aa ni? *bg student la*]
6th : ka sebab faktor nak STYLE ? HAHA

*aku xtaw gmbaq sapa aku balas =.= *

*awat sesat gambaq ni pulak :O *

bukan apa laa, stengah orang ni, bila tngok uban pelan banyak,
dah menggelabah, dah kelupoq..
hangat pungkoq orang kata, xsenang duduk.
pelik kan? terima je laa, kita pelan TUA, bukan pelan MUDA
pastu ada la stengah segelintir, suka kaler rambut.
hmm, perlu ka?

  ni cerita sampingan sat :)  
|=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=|
bdasarkan faktor nombor 6..

warnakan rambut.
dlm Islam buleh ka? sah ka ayaq smbahyang?
smalam aku p solat Jumaat kt Masjid MMU,
ada la sorang hamba Allah ni, dia dok saf depan aku,
pakai kain pelikat satu geng ngn aku, cun dah~
mai tngok tang kepala, ada kopiah..cun dah~
*kopiah ke kepiah? apa2 ja laa*
tapi, rambut agak PERANG, bkn natural..
nampak sangat kaler tu :O
so, mcm mana? bule jawab?
aku pun pening gak pikiaq.haha
come on laa, kita orang melayu, Islam lagi.
malu kaum kita laa, minat artis luaq xpa.
tu terpulang, tapi bila sentuh bab agama ni.
hmm, orang lain pun geleng kpala laa..
*aku berani kata, sebab aku xpernah buat mcm apa yg aku nmpak tu*
|=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=|

oke, back to the story.haha
haa, paham dah kan apa dia
RAMBUT SILVER ?
i mean UBAN. ada dak uban?
xdak? oke, anda muda lagi tu.
lama lagi jangka hayat anda..
SALAH !!
*sangkaan anda meleset*
 mati xkira umuq oke? 
kira kalau ada uban masa muda pun, xdak ka,
belum tentu hidup beratus tahun :)
even yg dah berUBAN xsangga atas kpala tu,
xsmestinya dia hidup xlama.
so, kita xtaw bila kita akan mati. :)
sama-sama kita ingatkan diri kita.
jangan tinggal suruhan ALLAH SWT,
dan jangan langgar laranganNya :)

so, tajuk post ni..
 rambut, uban, warna & mati. [apa kaitan] 
so, kaitannya ialah? mai cek nak terang :)
|=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=|
"bila kita tengok rambut kita,
suatu ketika, mesti akan ada uban..
so, bila kita tengok ada uban, 'eh, aku dah tua'
xperlu nak warnakan, sebab uban tu petanda..
petanda kita akan bertemu dengan mati.
bila warna, ibarat kita tak maw mati."
|=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=|
tapi kalau warnakan dengan INAI atau KATAM, xpa :)
*entah betul ka dak kesimpulan aku tu*

post ni, cek cuma nak pesan
kat diri sendiri dan setiap insan di dunia ni.
mohon maaf kalau ada sapa terasa kat entri ni.
walaupun yang muda masih xberuban, tapi warnakan rambut still salahkan?
cuma nak sama-sama ingat, kita xlama kat dunia ni :)
*cek taw, kadang2 cek buat silap jugak*
btw, sapa ada sumber yang lebih kukuh, sila kongsi sama2 naa :)
(^_^)

2 comments :

Anonymous said...

SALAM ... :)
Sebenarnya, adalah menjadi sunnah mewarna rambut yang telah beruban. Jumhur ulama’ yang melarang mewarnakan rambut dengan warna hitam (warna lain dibenarkan) dan ada dikalangan ulama’ yang memakruhkannya (warna hitam) sahaja. Dalilnya :-

Hadith dari Jaabir ibn Abdullah ra bahawa Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Sidiq telah dibawa kepada Nabi untuk melakukan sumpah dan rambutnya keseluruhan berwarna putih. Baginda bersabda :

غيِّروا هذا الشيب وجنِّبوه السواد
“Tukarlah rambut beruban ini, dan elakkan dari warna hitam” [Hadith riwayat Muslim #2102].

Dari Abu Hurairah ra., bahawa nabi bersabda :

إنَّ اليهود والنصارى لا يصبغون فخالفوهم
“Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut mereka, maka berbezalah dengan mereka” [Hadith Riwayat al-Bukhaari #3275, Muslim #2103]

Warnalah dengan apa jenis bahan sekalipun, dan sebaik-baiknya ialah Inai & Katam

Beza menginai dan mewarna :- Inai (Henna / الحناء) merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut. Katam (الكتم) iaitu sejenis tumbuhan2 dari Yemen juga digunakan sebagai bahan pewarna bersama2 dengan Henna / Inai. Sabda Nabi :

إن أحسن ما غيرتم به الشيب الحناء والكتم
“Sebaik2 benda bagi menukar rambut beruban adalah Henna dan Katam” [Hadith riwayat al-Tirmudzi #1753, Abu Daud #4205, Ibn Maajah #3622].

Mewarna pula adalah perbuatan mewarnakan rambut dengan menggunakan bahan pewarna seperti Inai (Henna) dan Katam. WA.

Berkenaan dengan hukum dye kan rambut ni,para ulama sudah lama bahaskan.Antaranya adalah Imam Nawawi dalam syarah Sahih Muslim.Kata beliau: “Hukum mewarnakan rambut untuk menutup uban adalah Sunnah ,Sunnah mewarnakannya kecuali dengan warna hitam”.( syarah Muslim, 14/266).

Dalilnya: "Ubahlah (warnakanlah) rambut putih ini, dan jauhilah ia dari warna hitam." (Riwayat Muslim)

Pandangan ini disokong dan disahkan oleh Lajnah Fatwa Al-Azhar .Manakala menurut , Prof Hasbi Siddiqie ((Hukum Fiqh Islam) berpendapat bahawa hukum yang paling rajih adalah makruh.

Untuk mewarnakan rambut tu,kena pastikan sama ada dye itu menghalang air atau tidak.Kalau ia menghalang air maka tidak boleh,walaupun bahan itu halal sekalipun.Selalunya perwarna asli seperti inai dan katam tidak menghalang air,so boleh la guna.

Perempuan dye rambut boleh,tapi bagi wanita yang sudah berkahwin semata-mata untuk suaminya.Dan suaminya pon suka..Kebanyakaan majlis fatwa menghukumnya sebagai harus,antaranya lajnah fatwa al-azhar."

KESIMPULAN: JANGAN MEWARNAKAN RAMBUT DENGAN WARNA HITAM

WALLAHUALAM ... SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH KEREDHAAN ALLAH S.W.T ... :)
*drpd sahabat lama A.IBRAHIM*

Unknown said...

terima kasih atas sumber tersebut :)