Monday, May 06, 2013

[ 69 ] Pilihan Raya Umum ke-13


ASSALAMUALIKUM & SALAM SEJAHTERA

semalam 5 MEI 2013, PILIHAN RAYA UMUM 13 atau lebih trending kat Twitter
dengan PRU13 atau GE13 atau #pilihan #raya #umum
#pilihanrayaumum atau apa2 ja la yg ada hashtag..
ni kaki instagram la nihh, penuhhhhh hashtag kalau caption satu gambaq :P
 sama ja pun, translate dalam Bahasa Inggeris jaa..
keputusan rasmi pun dah keluaq, walaupun saaaaangaaattttt lamaaa baq hanggg~!!
dekat pukul 1 baru umum, erghhhh aku tension semalam, terlalu lama.. --"

masa sebelum umum tu pun macam2 kerenah dengaq... aku pun turut tak berpuas hati..
kenapa nak recount recount recount recounnnnntttt banyak kali bila Pakatan Rakyat menang kat satu2 DUN / Parlimen...
malas dah nak mention sapa yang bertanding dan dok keja kena kira semula tu, benda dah habis dah pun...
pastu isu peti undi hilang pulakkk, Allahualam betoi ka tidak, lepas tu blackout pulakkk...
aihh time2 nak kira undi laa nak padam punn, dan2 buat cerita hantu, haha :)

dah sekian sekian sekian, jam 12 berapa minit tah, umum lahh..
oke ramai2 tengok Najib berucap... oke done.

musykil jugak aku dgn kiraan undi kali ni, yesss aku sokong Pakatan Rakyat..
sebagai penyokong PR, sapa tak musykil ye dak??? ;)
nak betengkaq keluaq tekak pun x guna jugak, hari ni dah 6 mei,
dah lepas 24jam masa terakhir untuk mengundi...
so tengok ja laaa kat FB Twitter, gelagat2 penyokong dua2 belah pihak ni...
tanda protes sebab isu blackout, ramai yang tukaq Profile Picture jadi hitam,
aku join jugak... *org PR kann*
oke tu xpa lagi. yang penyokong2 pihak lawan PR, x yah lah nak
"tengokkk, itu laaa, macam mana MELAYU nak bersatu bla bla bla.."
lepas tu ada lagi, "nak tau sapa yg frust result PRU, tengok laa yg tukaq DP hitam macam Bangla tu"
bro, saja ja kan nak flame? dah menang, dok diam, raikan bersama2 rakan seperjuangan,
 xyah nak flame sana flame sini..
kang ada yg tambah komen, lagi 'terbakor' ekau haaa..
pastu bergaduh pulak kat status2 berkenaan, x matang.

yg penyokong PR pun sama naik, nak jugak marah2,
"SPR kira x betoi, ni x betoi bla bla bla..." *malas nak karang*
come on lahh, aku pun pnyokong PR oke, aku pun marah jugak, xsuka jugak.. tp sabar, chill...
Allah taala punya kuasa nak bagi sapa menang dulu, kalau ya pun pihak BN main kotor ka apa ka...
xyah kutuk2 sana sini, nampak macam kita sama balik...
please, calon2 yang bertanding pun mungkin tak se emosi kita yang bawah ni..
maksud saya, bukan bawah hamba abdi, low class ka apa ka...
bawah sebagai penyokong, rakyat yang menyokong... :)
jangan salah faham oke, jangan ada pulak pihak tertentu saja amik sekerat ayat aku,
 print screen or whatever...
pastu saja buat propa kat internet...
orang macam ni bikin masalah, pencetus!! spark!!

malas nak briefing banyak2 pasai kerenah penyokong mana2 parti
sebab dah tau dah keputusan macam mana...
mesti ada yang kata, kalau depa kata macam ni, kenapa kita x pertahankan? kenapa biarkan?
pertahankan! tapi biaq cara yg betoi, xyah nak sama naik maki2 balik, sedih aku tengok...
ada yang setengah tu, aku tau dia ilmu agama lebih baik dari aku, belajaq lagi bagus dari aku...
tapi pasai pa terlalu emosi? tolong kawal, aku merayu, aku merayu sangat...
 kalau laa kata2 yg disebut, yg keluar dari mulut.
jadi fitnah, kan kita dah berdosa. free ja dosa dapat..
 x kisah la pihak mana sekali pun, dok mana sekali pun...

itu kita tengok keputusan BN menang, PR kalah...
kata lah semalam PR menang, BN kalah, apa yang berlaku..? :)
tolong bukak minda oke... mungkin tiba2 semalam, diumumkan PR 112 kerusi, oke sah menang!!
 *yayyyy aku nak tumpang seronok* :P
mesti ada sesetengah pihak akan syukur kpada Allah Taala sebab bg kemenangan ni, Alhamdulillah...
selama 55 tahun Malaysia bawah BN, kali ni bawah PR... mesti nak tengok benda baru bla bla bla...
 hampa pikiaq sendiri..

oke. ada jugak yang seronok lebih, suka lebih, dan mesti ada punya lah yang akan kata..
"itu laaa, selama ni dok kata mcm2 kat Tok Guru, 
Anwar Ibrahim n sekian sekian sekian hamba Allah yang berkenaan..."
dannnnnn macam2 lagi ayat keluaq... 
nampak tak gambaran macam mana kalau berlaku sebaliknya semalam??
so bila kita kalah, maksud kata, Allah dah tentukan,
mungkin PR belum bersedia untuk tubuh kerajaan baru lepas PRU kali ni..
tengok balik kesilapan kita, imbas kembali kekurangan kita, baiki balik...
mungkin kali ni over confident ka, ada sesetengah pihak ada buat silap kan, 
macam2 kemungkinan boleh berlaku...
baik kerajaan mahupun pembangkang. fikir balik... orang nak kata post kau neutral, atas pagar, biar la.
aku suarakan sahaja, x setuju x yah baca, buat sakit hati baca, baik hampa p berzikir or buat solat sunat. :)

main point is mind your words. takut jadi fitnah. aku tau, yang baca post aku kali macam2 jenis orang...
pemikiran yang berbeza, ideologi yang berbeza, dan apa2 ja la yang berbeza...
xperlu nak berbalah teruk2... nak election pun 4/5 tahun lagi, so chill and relax...
sabar, berdoa kepada Allah mohon apa yang terbaik untuk kita dan semua rakyat Malaysia...
apa? nak kata "alah bro... karang ayat nak penyedap hati la ni.." "dah laaa, kalau kalah tu kalah laaa.."
"dah kalah, ayat baik2 laaa, dulu maki kemain.." YA, aku menyedapkan hati aku, so ada masalah??
seingat aku, selama aku kempen kat FB / Twitter, xpernah lagi aku maki... try la cari kalau ada...
takat post luah rasa kecewa, ayat kiasan tu ada laa, xpernah la lagi buat macam tu..
oke, kalau korang kat tempat aku pun, mesti korang rasa benda yang sama, fikir balik.
tetiba keluaq korang pulak, lagak KL aku ni, phuii... ya laaa, xpayah ambik isu politik..
ambik kes simple simple sudah, xyah nak isu yang besaq2 dan complicated..
kata moto hang kena curi, or selipar kena curi kat masjid, marah betoi tak?
xdak guna pun nak maki2 teruk2... untuk 10 20 saat pertama maki la sat...
kata manusia, sapa tak marah... kita bukan Rasulullah SWT yg mampu sabaq setiap masa..
bukannya hati kita dicuci dua kali dengan ayaq zam zam... manusia, marah tu tetap ada..
yang berbeza, sikit atau banyak..

oke dah, aku rasa dah panjang pelik ja aku punya post ni... 
padahal niat nak study 2 3 jam, sejam yg dapat...
xpalah, sekurangnya apa yang aku fikir, apa yang aku rasa betoi, aku kongsi dengan korang semua...
sori, ter KL.. dengan HAMPA semua, oke? :D tunggu PRU14 pulakk, aku pun nak mengundi nanti...
moral of the cerita, jaga mulut kawal hati, tu penting... oke ??
takat ni saja post aku. all the best kepada yang nak ambik exam, Bittaufiq Wannajah :) 
yang aku tau student MMU dan Unisel ja. U lain lambat lagi kot...
dan kepada kawan2 aku dan sapa2 ja yang dah nak graduate, TAHNIAH sebab dah habis Diploma :D
mintak maaf sekali kalau terkasar bahasa, atau terasa dengan ayat aku..
bab terasa ni xleh kata apa, sapa makan Cheesecake, rasa la cheese dia.
 Kalau x makan, dok diam2, baca :P

lagi satu, post ni bukan pandangan aku sorang, ni luahan housemate aku jugak..
memandangkan aku yang rajin dok blogging *dulunya laa* so aku share kat sini..
jumpa lagi kat post seterusnya, kalau ada laa, hahaha.
blog ni saaaaangat sunyi dari Mei lepas, SETAHUN kot x update. -___-" 

kat sini ada beberapa link yg aku nak kongsikan, ada jugak orang lain yang bagi pandangan..
terpulanglah apa orang nak kata, aku cuma KONGSI PENDAPAT sahaja oke.
nak komen apa2, tolong lah beradab. aku karang ayat baik punya naa, xdak nak cakap bukan2 kat sini.
tolong hormat sama, x kisah la pihak mana sekali pun. *ulang suara* pihak mana sekali pun..
parti pembangkang ka, parti kerajaan ka, parti harijadi ka, parti sampai pagi ka, tolong hormat.. :)

ini yang aku jumpa laa, mesti hampa jumpa banyak lagi..
so apa2 pun, moga semua selamat.
kalau ada tersalah bahasa, tolong tegur.
sekian Assalamualaikum :)



6 comments :

Anonymous said...

kesian xdak komen..

Amzar Kurin said...

So, kalau xda, ada masalah? :)

Anonymous said...

loooser

Anonymous said...

bodoh

ani. said...

Hahaha, okay orang yang komen atas atas ni pelik

Amzar Kurin said...

kan?