Thursday, December 01, 2011

[ 65 ] Tutorial ANGRY BIRD (Part 2)

Assalamualaikum :)

orait, ingat lagi x tutorial hari tu?
ANGRY BIRD MERAH
haha, tu part 1.. burung kaler merah.
kali ni aku buat kaler BIRU MUDA, alaa, yang kecik tu..
oke, ni gambaq rujukan aku buat PaperCraft..


oke, macam biasa. sediakan semua peralatan yang patut.
- kertas biru muda saiz A4, pastikan keras dari kertas kajang dok jawab exam tu.
- peralatan2 melukis, pensel, pen, marker pen, pembaris, 
- peralatan memotong, Pisau Rambo Swiss Blade tu.HAHA.. dak aih, cutter besa ja.
semau dah tersedia, dengan lafaz Bismillah..
haa, lukih laa, cangok bulu lagi.haha


macam yang burung merah tu aku buat ukuran,
4cm X 4cm
yang biru ni kecik sikit,
3.5cm X 3.5cm
bentuk sama jugak, SEGI EMPAT SAMA.
pastu, bahagian mata n paruh Angry Bird yg kaler kuning tu,
lukis atas kertas kuning x putih, berasingan.


dah lukis, pastu potong, lekat yang paruh kuning tu atas kertas putih.
patu lukis mata dia, pastu potong pulak.
last sekali baru lekat kat kertas biru tadi.
*memang renyah pun buat benda alah ni, bnyak benda nk kena potong*
macam besa, HATI HATI. kot pisau terpelanting tikam mata ka.HAHA


kali ni aku buat dua. sebab rajin lebih.hahaha
ignore gambaq2 spongebob tu.
actually tu Tatoo yang dapat dalam cinggam dua kupang tu.
saja gatai tangan lekat kat meja. :D
*CINGGAM : CHEWING GUM*

so, dah lipat2, gam p gam mai..
siaplah Angry Bird Biru aku ni..

oke, depa xcukup adik beradik.
sepatutnya ada 3 EKOQ, tapi kertas xcukup, dua ja laa.
aku buat dua ekor ni, amik masa 30 minit jaa.
then aku bagi kat kawan aku satu, n adik dia satu.
sebab adik dia yang darjah 3 tu baru lepas sunat.

aku bagi kat kawan yang kiri tu.
Fadhly Azman, yang pakai baju Tanah Tumpah Darahku..
*gambaq lama, tapi tahun ni jugak la*

oke, so, macam mana? yang dulu dah try?
yang domo tu mungkin susah sikit laa, yang ni mudah banyak.
orait, jumpa lagi lain entri.
aku ingat nak kutuk2 cerita Twilight Saga : BREAKING DAWN tu laa.HAHAHA
sebab apa, wakil SUARA HATI LELAKI. :D
tunggu lah, nanti aku update.

chow dulu. Bye, Assalamualaikum. :)

Sunday, November 27, 2011

[ 64 ] Kawan & Akaun Facebook. Apa kaitan??

Assalamualaikum..

sori naa, 4 hari senyap kat blog ni.
hahaha, besa laa. seronok jadi Birthday Boy sat.HAHA
25 November dah lepas dah pun. :)
 thanx a lot to my..
family, kawan2 sekolah, kawan2 MMU,
kawan2 PLKN dulu, junior2 sekolah mahupun sekolah lain.
senior2 yang mana mengenali diri ini.
TERIMA KASIH !!

oke, topik hari ni.
KAWAN FACEBOOK
macam2 orang tau dak kat FB ni..
yang paling xleh blah, yang ada akaun lebih dari satu.
4 5 AKAUN FB DIA SAJA..
aku pun xpaham, jenis ni style approve orang ikut dan ja kot.
sebab apa ada akaun banyak, sebab FRENDLIST dia dah penuh..

Friendlist kat FB ada 5 zon :-

1) 500+- : kawan2 terdekat, jarang online, xpun Badan Penapisan Orang(BPO).HAHA
2) 1000++ : berpotensi nak ramai lagi ni. still selamat lagi..
3) 2000++ : anda berada di tengah2. jangan risau, tetap selamat. makan cikedis dulu~ ^^
4) 3500++ : hati-hati.. dah paras separa bahaya~!!
5) 4500++ : hang siap sedia akaun FB baru ja laa. habis cerita~ xpun buat page teruih.

*so, anda berada di zon mana? HAHA*
aku dok nombor 2, sebab tu aku tulis benda alah ni. :)
xkisah pun hampa kawan ramai mana.
masalahnya yang aku dok tengok kritikan2 kat Newsfeed aku.
ialah, orang lain pening nak contact akaun mana satu.
macam mana orang xpening.
kalau kata 5000 akaun ni orang Penang saja, so untuk orang Penang saja laa.
kalau akaun ni orang Perlis saja, so Perlis saja laa..
kalau dah buat dua akaun tu, so akaun satu lagi xperlu add orang yang sama.
tu pendapat aku laa...
tu kalau sebab Friendlist penuh laa.haha
ada jugak sebab2 lain pasai pa ada banyak akaun..

4 alasan pasai pa seseorang tu ada 2 akaun FB.
1) FB dia dah penuh, fren dah ramai gila.
macam aku cerita kat atas tadi laa.
5000 serba 1. HAHA.. dah macam hantaraan nikah XD
2) saja seronok2 nak buat lebih akaun.
seronok2 ni banyak sebab, selalunya sebab naik main game.
ya laa, macam main Mafia Wars, nak cari geng..
so kena buat banyak akaun. tapi xpa la xganggu orang lain.
3) lari dari ef bf/gf, xpun mana2 stalker.
HAHA, ni untuk keselamatan bersama.
satgi dia dok stalk gila gila, pastu buat cerita kat orang.
kalau EX n STALKER, orang yang berbeza, so perbuatan dia berbeza.
cuba kalau orang yang sama, EX-STALKER.HAHA.. haa, mampuih la hampa..
4) takot seluruh kaum kerabat keluarga tau aktiviti.

 aku rasa orang buat sebab ALASAN NOMBOR 4. HAHAHA
ya laa, takot parents dia or kaum kerabat dia dok amik tau pasai dia.
pergerakan dia, so dia buat akaun baru.
akaun yang ada kaum kerabat, ayat semua baik2 jaa.
yang satu lagi, jampi serapah, maki berkandaq habaq hang~ HAHA

so, takat tu ja laa info aku yang aku tau.
jumpa lagi next entri.
Bye, Assalamualaikum :)
 

Wednesday, November 23, 2011

[ 63 ] Respect & Hormat

Assalamualaikum :)

apa cerita? seronok kan hari tu Malaysia menang?
HAHA, riuh beb~ p kelas pun dok sembang pasai bola.
balik kelas bola lagi, p makan pun ada lagi nak sembang pasai bola..
*dia pun nak jugak~ haha*
tapi kan, bukan kata lelaki ja cakap bab bola..
perempuan pun xterlepas jugak.. TAPI..
bezanya lelaki n perempuan sembang pasai Malaysia menang semalam.

lelaki : "bola Baddrol cun oo semalam~"
"huih, Khairul Fahmi tepis jugak bola, 2 kali beb.."
"perghh, Diego main tolak habaq hang~"

perempuan : "heee, tengok x Khairul Fahmi semalam, dia baca doa "
"Baddrol hensem kan masa nak sepak penalti tu~ >.<"
"rambut Diego smart. suka suka suka. ♥♥♥ tapi I xsokong Indon~"

can u spot the different? even though they talk about the same player. :D
hahahaha, ni selingan jaa. bukan nak kutuk..
cuma ni benda ni fakta, nak perli sikit2 jaa :P

OKE, balik ke tajuk asal. dah simpang jauh dah ni.
bola dah Menang, ni tajuk lain.
sebelum tu, baca dulu gambaq bawah ni..


yang berkenaan, IDENTITI ANDA SELAMAT.
jangan risau, kat FB aku, aku hide wall.
orang xkan tau hang sapa.bukan xpuas hati dengan hang, xpun.
cuma kongsi sebagai pengajaran untuk orang lain. :)
aku xamik hati laa bro, aku oke ja.

oke, mesti diluaq sana pernah jadi situasi lebih kurang macam ni?
kalau ikut angin aku, memang aku panas jugak lah.
dah hang aku, aku oke lagi, sebab orang utara jugak..
tapi gaya tu dah mula nak kasaq.
bukan apa lah, yang tua harus dihormati..
bukan kata nak suruh sujud kat kaki, ampu sampai dah xlarat ampu.
bukan... cuma cara percakapan n bahasa penulisan tu..
contoh lah, kita p kedai makan kaa mana2 kaa..

=  CONTOH SITUASI =
kat kedai makan tu ada pekerja2 yg lebih tua dari kita..
kita bajet 2 3 tahun ja tua.. xkan la teruih teguq macam ni..
"bang, bagi AKU Teh O Ais satu, makan AKU nak Nasi Goreng"
hahaha, kalau aku jadi abang tu pun, aku angin weh..
silap2, la la tu jugak, dia baling kain lap meja tu kat muka.
kalau kena yang jenis panas baran laa.

so, sepatutnya cara panggil, selalunya la kan..
"bang, bagi SAYA Bihun Sup, minum SAYA nak Laici Ais jaa, cepat sikit naa"
baru lah dia sejuk hati..
so, samalah di laman2 social, FB ka, Twitter kaa, Blog kaa..
kalau Brader or Sister tu kita dah kenai lama,
mungkin la dia xkisah sangat, tapi apa2 pun..
kenalah RESPECT dia, HORMAT dia.. :)
*respect dan hormat, sama ja pun.HAHA*

so, moral of the story..
kat mana2 pun kita p, kena hormat yang lebih tua..
xkira lah setahun ka, 2 tahun ka..
tambah2 yang kita tak berapa nak kenal lagi.
oke, habis di sini saja..
jumpa lain entri.. n last word.
HARIMAU MALAYA,
SEMOGA BERJAYA MALAM NI~!!

oke, chow dulu, Bye n Assalamualaikum :)

Tuesday, November 22, 2011

[ 62 ] HARIMAU MALAYA~!!

ASSALAMUALAIKUM~
permulaan yang agak semangat.
xpernah-pernah aku capslock XD

oke, macam kita semua tau..
SATU MALAYSIA TAU..
SATU MALAYA TAU..
SKUAD HARIMAU MALAYA KITA
MENANG~!!
menang final bola sepak sukan sea 2011


*gambaq ni ja aku jumpa elok pun*

yeah! ahah, you know what it is~
black and yellow black and yellow
black and yellow black and yellow
yeah!  MALAYSIA , you know what it is~

tahniah Khairul Fahmi Che Mat n Baddrol Bakhtiar..
sebab jadi hero malam ni. tahniah jugak player2 lain.
gila habaq hang~ part PENALTI tu..
boleh buat semua orang SAKIT JANTUNG woo~!! =.=
dup dap dup dap dup dap~
kalau gol xpa jugak, ni xgol..
uuhhhH~ pecah hati rasa.. O_O
bola Baddrol cool habis...
ingatkan xgol, then bola bergolek masuk gol..
semua pakat GOOOOOOLLLLLLL~!!! tunggu lagi.hahaha
ni ada video aku jumpa..


memang mendebarkan.HAHA..
btw, pasai pemain nama Fakri tu..
memang la si Fakri main teruk malam ni, aku pun setuju.
tapi kalau bukan dia gol hari tu, tak merasa kemenangan laa :D
bukan apa, ada jaa pihak yang kutuk dia..
dengan eja nama dia, FUCKri.. bab kutuk laju ja kan..
xkisah pun kalau nak baut lawak pasai dia.
tapi xpayah la sampai kutuk nama. penat mak pak dia bagi nama elok2.
contoh aku jumpa kat FB.

situasi : dipadang bola seorng bapak melihat keempat2 anak nya bermain bola
selepas habis main bola..


bapak : sapa idola kamu?
anak 1 : saya nak jadi macam Khairul Fahmi!
anak 2 : saya nak jadi macam Baddrol Bakhtiar!
anak 3 : saya nak jadi macam Muslim Ahmad!
anak 4 : saya nak jadi macam Asraruddin Putra!
bapak : baguih semua nk bagi pemain bola sepak tapi..
 kamu jgn sesekali jadi mcm Fakri Saarani..ingat pesan bapak!

kaw kaw depa buat dialog.haih
sekali lagi ucapan tahniah..
  TAHNIAH SKUAD HARIMAU MALAYA  

xkisah la gambaq lama pun kan.. :D

apa apa pun, kita berdoa supaya Skuad Harimau Malaya.
semoga selamat sampai Malaysia. konfem ada ja xpuas hati.
jadi macam hari tu, kena guna kereta kebal nak masuk stadium.
gila ka apa, kira dah darurat la tuu..
memang kenalah Indonesia..
hampa KENCING lagi kat BENDERA MALAYSIA..
siap tulis FUCK lagi kat bendera tu..
Allah dah balas dengan perbuatan hampa.
kalah kat tempat sendiri lagi, terimalah. :)
tu pun Indon dah HACK website Harian Malaysia.


memang xpuas hati teruklah nampak gayanya.haha
aduh, macam2 bila berkaitan bab bola ni.
tapi bayangkan kalau kalah.
mesti kita menangis macam dia ni..


biasa la..
ADAT PERMAINAN..
lebih sedih bila kalah kat tempat sendiri...

tengok.. Spongebob dgn Patrick pun sokong gak.HAHAHA

btw, sebelum ending..
aku mintak maaf if ada xpuas hati dengan post ni.
mesti ada yang akan kata,
"alah kau, buat ayat good-good je~"
"ayat baik laa konon" 

haha, memang la kutuk tu best. kepuasan. FAKTA
tapi bila kita kutuk balik..
kira sama la macam penyokong Indon.
BE PROFESSIONAL.
bukan nak buat bagus, tapi aku cakap apa yang patut. :)

oke lah, chow dulu, Assalamualaikum ^^

  TAHNIAH HARIMAU MALAYA~!!  
*xpernah-pernah aku semangat macam ni.HAHA*

Saturday, November 19, 2011

[ 61 ] Kawan + Masalah = Normal

Assalamualaikum reader2. :)

semua orang kat muka bumi ni, ada kawan.
betoi x? kalau hang xdak kawan, walaupun sorang..
memang hang ni looser.
baby yang baru buleh merangkak pun ada kawan.
walaupun kita xpaham apa depa cakap.haha

pasai pa post bab kawan?
sebab newsfeed kat FB aku penuh bab problem dengan kawan2.
first of all, nak habaq bagi laa..
korang touching dengan kawan korang..
*korang?? KL la pulak aku ni.HAHA*
oke, hampa problem dengan kawan hampa,
xkisah la touching kes apa2 pun laa, dia dok pinjam pen kaa.
naik keta p mana2 selalu tapi xbayaq duit minyak ka.
ayat dia pedih ka, kasaq sangat kaa.
korek idung calit kat baju ka.HAHA
*ada ka jenis ni??*
nak tanya sikit..
perlu ka post problem tu kat FB, Twitter? huh?? O_O"

contoh..
"aku dah lama terasa hati dengan hang,
hang baut aku macam ni. bla bla bla~"

seriously aku cakap, benda xkan settle kalau buat macam tu..
you must solve the problem by your own.
how far you run away, you will face the same problem again.
whether the same guy, or the other guy

kata lah, hampa terasa hati dengan kawan sekolah..
xselesaikan pun problem dengan dia, pastu masuk zaman U..
tengok2 jumpa balik dengan orang yang perangai sama dengan kawan sekolah dulu.
HAHA, dah berdepan dengan dua masalah yang sama.
tapi xtaw nak settle macam mana. kan rugi?? :)
kalau xsettle jugak masa zaman U, bila dah berkerja..
jumpa orang yang perangai sama. memang xkan habis~ =.=
"what goes around comes around"

bila hampa post kat FB, buat status??
"aku dah lama bersabaq dengan hang, bla bla bla bla~"
*3kertas kajang pun xhabis mau nak tulis =.=*

yaa, orang like~ setuju dengan apa yang anda katakan.
seiring dan sejalan orang kata..
komen pun, "a'ah kan, xpatut la dia buat macam tu laa, bla bla bla~"
yes, anda backup. tapi akan ada pihak ke-3, ke-4, le-5 dan sebagainya...
setengah tu bukan nak PERBAIKI keadaan, tapi PERBURUK lagi keadaan ada laa.
so, dah jadi BIG PROBLEM. nampak x?


the BEST WAY is..
Face to Face. Slowtalk.
ade bran?haha
*ade berani?*
cakap kata nak jumpa ja laa,
bukannya bawak geng nak bergadoh.

punca sikit, nak angkat geng taboh. haih laa..
mesti bila nak fac to face, xberani. betoi x?
memang la cuak, tapi tu jaa cara nak selesai..
lagi satu masalah,
takot nak terima kesalahan dan takmau ngaku kesalahan.
bila cakap macam ni, balas balik macam ni macam ni...
kena belajaq menerima laa. GIVE AND TAKE tu penting.

 adat bila berkawan, biasa la ada masalah sikit2..
sebab dok riuh, tu jadi besaq. sebab tu lah...

Kawan + Masalah = Normal
even kawan baik berpuluh-puluh tahun pun,
dari kecik sampai ke tua, mesti pernah bergadoh.
percayalah, tanya parents kita ka, apa kaa..
bila bergadoh tu buat kawan2 lagi rapat.
tapi xdak la nak kena bergadoh tiap2 hari.HAHA
Kawan + Gadoh = Erat

so, semua ada masalah, tak dak sapa pun xpernah xdak masalah kawan2. :)

tengok macam Tom n Jerry,
bergadoh punya la teruk, tapi last2 baik jugak.
tu la contohnya. :)



macam Luigi n Guido nii..
benda kecik pun nak gadoh, sapa yang xtaw..
kena tengok la Cars or Cars 2 :D



"Everybody fights now and then, especially best friends.
But you got to make up fast.."
"No fight more important than friendship"
"Whoever find a friend, find a treasure."


so, yang mana ada masalah tu, selesaikan la cara elok.
n aku nak mintak maaf, bukan nak buat pandai, cakap kemas aku tau semua benda.
tidak sama sekali.. aku pun pernah ada masalah dengan kawan2,
aku dah lalui, so, aku share dengan hampa.
bukan aku cakap saja naa. :)

jumpa di lain entri.

Bye, Assalamualaikum ^^

Wednesday, November 16, 2011

[ 60 ] Tutorial ANGRY BIRD (Part 1)

Asslamualaikum pembaca2 sekalian. :D

oke, xpernah2 aku nak update blog time2 ni.
haha, excited apa aku pun xtaw.
just ada benda menarik nak share kat hampa.
jum tengok..

punca aku buat benda2 yang orang xrajin buat ni..
sebab aku BOSAN GILA.. so aku pun buat lah..
PAPER CRAFT

mulakan dengan lafaz Bismillah,
takot dok potong kertas, tangan terluka ka..
tengah dok lukis, mata pensel tercucuk masuk mata ka.
*tudiaa, tu drastik sangat.HAHA*


kita lihat di sini, kertas yang berkaler-kaler..
kaler apa adik2??
"kaler oren~"
hampa rabun warna aa? mcm mana pas lesen moto?
dah, merapu.
actually mudah jaa buat Angry Bird merah ni..
ada kaler2 lain kan burung2 gila tu? ukuran dia lain2 pulak.
yang ni aku buat ukuran sendiri sebab SEGI EMPAT SAMA.
4cm X 4cm

 oke, dah siap lukis, potong semua pun dah.
tinggai nak gam jaa, kalau buleh guna selotep..
apa? xpaham. haa sat, nak translate, omputih sgt hampa ni..
*selotep : cellophane tape*

haa, aku bagi gambaq lagi, kot xtaw selotep tu apadia.
haha, dan yg lain2 tu peralatan nak buat.
so, semua dah siap settle apa gam semua..

tadaaa~!!

haaa, dia dah siap.
THE BIRD IS ALIVE~!! :D

haa, lupa nak tunjuk.
ni gambaq rujukan  tutorial ni.
so, apa2 pun, selamat mencuba yaa :D
kalau nak buat DOMO, p cari aku punya entri dulu.
oke la, aku bagi link. klik SINI...

p/s kepada lelaki diluaq sana : hampa buat benda ni kat GF hampa pun,
mesti dia suka, xperlu pun dok pening kepala beli barang mahai2..
sebab apa..

"perempuan ni menghargai dan suka dihargai"
paham2 la ayat tu naa. :)

chow dulu, Bye, Assalamualaikum ^^

Tuesday, November 15, 2011

[ 59 ] harapan dan persamaan ??

Assalamualaikum..

memandangkan kat FB sejak minggu lepas..
dok keluaq isu ni jaa kat news feed aku,
sebab tu malam ni entri berbaur tentang...
soal hati dan perasaan.
*perghh~ ayat novel. geli aku..HAHA*
  AWAS  
Entri kali ini mengandungi isu hati dan perasaan.
pernah terfikir x, kadang2 apa yg kita cakap,
secara xsengaja bagi harapan kat orang lain.

- situasi pertama -
seorang perempuan ni kenal seorang lelaki ni,
kenal melalui kawan jugak, lama2 rasa suka tu datang.
dah suka tu oke la, then, perempuan tu mula kata IMY, ILY..
oke done, dah lama lepas tu, keadaan macam sdikit suram.
bila ada satu part tu, lelaki tu text kata IMY,
tiba2, perempuan tu text balik, 'jangan rindu lebih2 ye~'
apa hampa rasa, tersentap x lelaki tu?
tapi lelaki tu cuba buat2 memahami.
start kejadian tu, depa contact macam biasa,
tp xmacam sebelum kejadian tu.

*jawapan aku : perempuan ni still not ready yet,
tapi persoalan yang xterjawab, pasai apa perempuan tu p cakap,
kata2 yang secara xlangsung, dah bagi harapan kat lelaki tu?* 
xrasa ka apa yg lelaki tu cakap, dah bagi harapan kt lelaki tu,
umpama rasa SUKA tu lama2 dah jadi SAYANG?
sebenarnya, perempuan tu ikhlas or konfius?
 oke, so bagi hampa, apa sebenaqnya?
apa yang perempuan tu rasa sebenaqnya? any answers?

- situasi kedua -
seorang perempuan ni in relationship dgn seorang lelaki ni,
dah ber-tahun2 relation, perempuan tu selalu sangat cakap,
sayang la apa benda alah tu semua, ayat standard orang bercinta.hahaha
orang nampak perempuan ni sayang gila kat laki tu.
oke, xlama lepas tu, tiba2 relationship depa terputus tengah jalan.
JANGAN TERKEJUT..
sebab perempuan tu yang mintak, alasan diberi, sekian sekian sekian~
berbulan lepas tu, laki tu dapat taw perempuan tu dah ada pengganti,
dah ada pengganti xpa la, rupanya dua minggu sebelum putus,
perempuan tu dah relationship dengan orang lain.

*jawapan aku, perempuan ni curang,
tp pasai apa dia perlu buat mcm tu?*
oke, bagi hampa, ada conclusion sendiri? :)
ada alasan yang bernas??
tiba2 sendiri minx putus, tapi dia yang banyak bagi harapan.

apa2 pun laa kan, kalau situasi yang menyakitkan hati jadi kat lelaki,
mungkin satu perkara yang jarang2 berlaku kat lelaki.

sebab selalunya jadi kat perempuan. TAPI..
jangan kata situasi ni xberlaku sebaliknya :)

aku pernah cakap dulu,
ada status kat Facebook.
" perempuan ni cepat menaruh harapan "
true fact coz, my grandma said it to me :)
yup, memang fakta benda tu, sebab mostly perempuan ni hati lembut.
tapi lelaki pun ada perasan jugak.
masih ada lelaki yang baik dan setia diluar sana.
jangan samakan semua sama..
selalu kalau tengok kat blog2 lain ka, status2 kat facebook laa.
masing2 berbalah, aduh~ jem pala otak aku.
semak dengan perbalahan yang xmungkin berakhir!!

contohnya laa..
lelaki selalu kata, 'perempuan semua sama'
perempuan selalu kata, 'lelaki semua sama'
kalau semua sama, xdak la pepatah melayu..

'rambut sama hitam, tapi hati lain-lain'
semua bergantung atas diri sendiri, jangan nilai orang semua sama.
kalau x, kenapa Allah SWT kurniakan hati dan perasaan?
renung-renungkanlah :) 



semua orang TAK SAMA, ingat tu. :)

Bye, Assalamualaikum.. 

Monday, November 14, 2011

[ 58 ] lelaki + game = TENSION !!

Assalamualaikum para pembaca sekalian..

style dak tajuk entri?
HAHA, bukan sekadar style, tapi..
  FAKTA  

macam yang ni, main DOTA dengan GARENA..

perghh~ nak habaq bagi, kalau budak laki dah start main.
yang mana ada Boifren tengah berjuang di medan perang dota tu..
hampa takyah laa dok tunggu MESEJ, stop texting..
p masak ka, main angry bird kaa.
tunggu sampai depa habis berperang, pastu oke laa.
sebab tu ada orang keluarkan QUOTES..
  DOTA : Dunia Orang Tanpa Awek  

tapi kalau bila start texting balik, kalau ada tanda2 BADMOOD..
chill, xpayah dok buat teruk.
dia TENSION sebab KALAH laa.
tolong jangan keruhkan keadaan.HAHAHA
satgi lepas tu, dia oke la macam biasa..
xkisah la nak i love u, i love u balik ka,
bagi dia RUANG. :)

tu bagi game yang genre macam tu..
kalau kata main game bola, contohnya..

haa, FIFA 2012 n PES 2012..
roommate aku main bola, xmenang satu gol,
xpuas hati ouh, awek dia mesej, dia reply..
"kejap, nak habiskan satu game, tegakkan maruah."
hahaha, tengok, hebatnya bila main game.

bukan setakat game2 yang dasyat2 jaa.
game bodo2 pun tension gak habaq hang~
macam semua orang tau..
satu dunia BENCI BABI HIJAU tu. HAHAHAHA
sapa xgeram, dah la buat muka dengan hidung semua cukup.
sebab dia, kita xlepas level. geram weh~ HAHA

aku rasa perempuan pun boleh tahan tension jugak, tapi kalau bab game ni.
golongan perempuan kurang berminat.
so, ada dua FAKTA kat sini.. 
[ LELAKI + GAME = TENSION !! ]
PEREMPUAN + MESEJ TAK BALAS + LELAKI TENSION GAME =
HYPER YENSION !!

so, buat relax sudah, xyah tension2.
nanti aku post pasal PEREMPUAN pulak TENSION sebab apa.
chow dulu, byee ^_^

Saturday, November 12, 2011

[ 57 ] apa itu POYO ?? [O_O]

"Hi"
"How are you?"
oke dah, bukan virus chat kat FB.
Asslamualaikum, ni post ke2 selepas aku stop blogging.
oke laa, ada jugak improvement untuk update entri baru.HAHA

oke, hari ni aku nak sembang sikit pasai...
  "POYO" 
pernah dengaq kan word POYO ?? macam2 istilah orang guna..

1) Nerd.
"dulu masa sekolah POYO habaq hang, la segak, comey, hensem, lawa"
haa, semua hak elok2 bagi kat dia semua, nak sangat.HAHA

2) buat 'cool' tapi sebenaqnya xcool pun.
seorang budak sekolah yang baru nak UP..
berjalan dikoridor sekolah dengan gahnya..
budak2 lain yang dok lepak. "POYO" sial mamat ni, bajet cool orang nak tengok.."
yang dok kata tu pun, hampa xsedaq ka hampa dok tengok dia dari tadi? HAHA

3) sombong, berlagak xkena tempat.
"eh tape2, biar Abang Q yang bayar, u all maken ape tadi?"
kawan yg lepak sekali bisik dalam hati,
"hok aloh, kemah lalu demo nii.. xdok duit buat gayo xdok duit.. pasa gewe jaa laju nak belanjo"
haa, jenih ni orang kata xsedaq diri, dalam duit xdak, buleh lagi belanja awek.
kalau tengah sengkek, awek paham laa. anda tu student lagi, kot keja dah lai ncrita laa.

4) mengada-ngada 
"u taw x, bf I beli kat i rantai taw. emas putih 750 lagi, auwww~"
kawan dia, "eh phuii~ POYO teruk dia ni, padahal SILVER 925 pasar malam Kangaq jaa"

5) "cakap tak serupa bikin" pun ada jugak
"oke fine. hampa dok kata aku Kaki Facebook, aku deactivate SEBULAN"
2 3 hari lepas tu, tengok kat News Feed, dok ada post baru.
"haha, hang ni POYO la weh~ kata ja lebih nak deactivate sebulan"

oke, dah nampak gambaran POYO tu macam mana?
aku cuba selesaikan persoalan yang aku xselesaikan dari dulu lagi.HAHA
macam2 istilah orang guna kan, ni baru sikit apa yang aku taw.
aku xpernah guna poyo2 ni dari dulu lg. seriously
baik aku cakap terus terang, dari dok guna word yang aku sendiri xpaham maksud,
dan orang lain pun xsemua paham maksud POYO tu.
yg aku taw, poyo ni ialah..

  POYO : Proud Of Your Ownself  
semua benda dia rasa dia hebat,
dia ada Bentley kat rumah, padahai tu keta pak dia.
dia ada awek cun tahap kalah Kim Kardashian,
selang 2 3 hari BREAK jugak.
dia ada iPhone, iPad, apa bala i i laa..
mau hempuk buang, pecah jugak.

oke dah habis, Asslamualaikum, jumpa di lain entri ^^

*macam budak ni laa, poyo.. bajet comel.haha :P*
ni kezen aku. ^^

Thursday, November 10, 2011

[ 56 ] Korban Itu Ibadah :)

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

haaa, lama dak aku sunyi dari dunia blog??
lama kan? kalau hampa tengok last post aku pasai Matluthfi..
masa bulan Jun dulu habaq hang, loser gila.HAHA
bukan apa, malas nak karang panjang2.
tetiba mai musim FB kot time tu. :P

tapa2, la ni aku cuba berjinak-jinak balik dengan blog aku.
dia pun dah bebai dgn aku setelah sekian lama.
"apa la tuan aku ni, buat blog pastu tinggai, bukan nak jaga~"
oke dah, tutup cerita pasai tu.

memandangkan MOOD RAYA HAJI still dok ada lagi.
aku nak share la sikit pengalaman aku.
terutama kaum Adam, budak2 laki la kan..
pernah x LAPAH LEMBU?? haaa~ xpernah kan.
meh sini aku nak crita..
intro la sikit gambaq. bagi ceria sikit entri ni.HAHA


haa, nampak menarik x?
muhong, hampa geli. betoi dak.haha :P
cuba pikiaq balik, buat pa nak geli..
daging tu jugak la kita nak makan. :)
masa Hari Pertama Raya Haji,
tumbang 7 ekor LEMBU n 1 ekor KERBAU.
perghh, nak tumbang kerbau tu punya laa susah~
dah sembelih semua, pakat angkat geng mai nak lapah kulit laa.
mula2 ingat susah tau, rupanya mudah jaa.
siat p siat mai, habis sekoq lembu. kulit kerbau keras sikit.

dah tu, p potong daging2 apa semua sebab nak bahagikan 7 bahagian.
seriously aku ada rasa geli jugak, part nak angkat perut2 lembu tu.
dengan lembik apa semua, dah la perut dok panas lagi.HAHA
dah sekali angkat, lepas tu xdak apa dah laa.
dlama dok potong2 daging pun ,sempat lagi dok picit2 lemak kat daging tu.hahaha
seronok pulak main benda alah tu.
kira settle semua dalam pukul 1 jugak laa.

aku dah malas nak karang panjang2. :D
apa2 pun, cuba laa dapatkan pengalaman ni.
orang2 lama nak pelapis2 baru :)

InsyAllah, aku akan RAJIN update blog lepas ni.hehe
aku suka gambaq ni, nampak seronok buat kerja.haha :)
*dari kiri : adik aku, pak long, kezen, aku*

p/s : aku jarang Twitter, banyak FB n akan banyak Blog balik :)

Tuesday, June 14, 2011

[ 55 ] K-1 Malaysia Pop. HAHA

oke, dah baca tajuk pun,
hampa tau kot nooo. :D
dah tengok ka dak lagi video 
MATLUTHFI ??
maw pakat xtengok lagi, mai aku nak share tang sini.
jum layann~ 


HAHAHA,
aku 4 5 kali ulang dah ni.
xlarat gelak weh.
terbaikk la hang matluthfi.. :D

oke, perasan dak part last video ni, dia kata
" JUST BE YOURSELF "
then kt bawah tu ada tulis,
" PLASTIK..sampah yang paling banyak atas bumi ni"
perasan x?
*double meaning tuu.haha*

bg aku, apa yg aku faham video matluthfi ni,
haha, jgn nak marah, tp ni la realiti skarang.
orang kita ni, minat sungguh dgn K-POP..
abiang2 korea hot2, kakak2 korea cun2..
betui dak?
minat tu xpa, xkesah pun..ada stengah smpai nak jadi.
jadi gena? jadi sbijik mcm korea2 tu laa. =.=
aku ada tbaca komen2 kt YouTube,
ada org kata matluthfi tuju video ni kat sapa.
hahaha, aku rasa dia tuju lagu2 tu kat..


24:7 - ni group M-POP laki


GULA GULA : ni group M-POP pompuan

" adoihh, kalau dah MELAYU tuu, MELAYU laa jugak sampai bila2. "
xdak maknanya hampa nak jadi KOREA.. =.=
ramai kot yang xsokong..
siap ada group kat FB lagi..


ntah laa, xtaw nak kata mcm mana.
so, sapa yang setuju dengan pendapat aku, sama2 like.
kalau x, xpaa. masing2 punya pendapat :)
apa2 pun, MATLUTHFI, hang terbaikk weh :D

Wednesday, June 01, 2011

[ 54 ] KungFu Panda VS Domo-Kun

well hello there readers :D

SERIOUSLY, YOU MUST WATCH THIS..

KUNG FU PANDA 2
oke, tadi keluaq tngok movie dgn kawan2 skolah.
lama kot xkeluaq, tambah2 kawan aku sorang ni,
hok dok kat Sarawak nuu,
NUR HANANI HAILMY
di ikuti dgn..
Nazirul Hafiz, hotstuff PJ. HAHA
iLi Farhana, jiran satu taman,
Amira Ridzwan, photographer yg smakin mlonjak naik.haha
yg lain ramai dh balik UITM, sbb depa budak2 diploma.
ada yg pakat hbis matrik dgn budak2 asasi.
so stengah2 tu ada yg cari kerja,
xmau la kacau org yg keja. :)

siyes aku cakap, KUNG FU PANDA 2 best weh.
sumpah xlarat gelak dalam wayang tadi.HAHA
btw laa, nk cerita pnjang lebaq kt sini pun,
smpai esok xhabih, so, cepat2 p tngok :D
yg mnariknya movie ni,
Po the Dragon Warrior
[si panda boyot tu laa]
taw dia asal dari mana, siapa family dia.
dan memang terang2 la itik yg dok buat mi tu,
bukan bapak dia, HAHAHA
lagu mana itik buleh dpat panda. musykil~ XD
bila dh taw sapa fmily dia, itik tu pun crita mcm mna jumpa panda ni.
so, dari situ dia dh anggap panda tu mcm anak dia.
dan di stu, yaa di situ..kita dapat lihat,
elemen2 kasih sayang antara seorang ayah dan seorang anak.
kan xlama lagi HARI BAPA kan?
mmg timing laa DREAMWORKS release movie ni :D

melewaq merata jugak la td, mula kata p Jitra jaa,
last2 lepaih Aloq Setaq nuu, tapa laa, alang2 dah dekat.
satu area ja pun, *janji duit minyak masuk poket* :D
dekat2 nak bali ktu, singgah la kt TESCO Mergong.
iLi nak p cari donut utk adik2 tercinta kt rumah pulak.
tapa, p kona kok Mergong sat. masa masuk2 entrance tu,
MASYA-ALLAH...
DOMO-KUN
bersepah-sepah..smpai nak jalan xleh.
*oke, hok tu menipu.HAHA*
p jalan kok ni, domo lagi.
p jalan kok nu, domo lagi.
kalih depan, domo.
kalih belakang, domo.
kalih tepi, domo.
kalih bawah, xdak domo. mujuq lagi.haha

mai nak senarai sikit item2 domo yg slalu nampak.
- patung domo yg pelbagai size -
- keychain domo yg pelbagai size jugak -
- sarung henpon domo -
- beg domo [mcm beg sekolah] -
- beg domo [mcm beg bawak p market beli ikan] -
- tempat letak henpon domo -
- bantal domo -
haa tudiaa, semua domo cek oii. amik hang~ haha
tapi aku dok cari HEADREST DOMO. hehehe :D
cari benda lain sket, bule nak letak kat keta. wink wink ^^
dok jalan2 tu, masuk satu kedai, dan aku terjumpa..


nak beli dah, tapi tinggal sebelah jaa.
cancel, xjadi beli. mau ada dua, aku angkat bawak balik dah :D
xkan nak letak sebalah ja headrest, huduh ngat aihh~ =.=

btw, kat sini ada screenshot panda masa baby :D
sumpah comey weh, :D
terasa nak bela panda pulak.HAHA

Monday, May 30, 2011

[ 53 ] sebab lagu tu, berubah mood.

pernah tengok dak cerita ni,


taw kan DUNIA BARU THE MOVIE ??
aku teringat masa zaman sekolah dulu,
ramai2 dok dalam surau msa ptg kot,
oke, bukan nak cerita pasai tu.haha
juz nak habaq kata baru lepas tgk sama.
main story is about lagu movie ni..
aku letak video klip siap2.haha


Duta - Cinta Antara Kita

Dunia Baru The Movie OST - Cinta Antara Kita Lirik

Duta:
sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu

sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu

Duta:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

Baizura Kahar:
setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

Duta:
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu

Baizura Kahar:
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu

Duta:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu

Baizura Kahar:
hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

Duta and Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

naah amik ampa~ aku bagi lirik teruih.hahaha
lagu ni telah ubah mood aku satu malam tu.
malam tu nak p Genting, pukul 1 pagi nuu.
gila x gila, mmg keja gila laa.haha
masa otw nak ke Genting, aku naik keta dgn mmber aku.
so ada la tetiba satu lagi ni dok play..
sedap punya dok layan, tetiba ada satu part...
..................................
"ku kan berjanji menyintamu syg...."
..................................
serius aku tersentap dngaq part tu.
tengah dok mood gila gila, aku diam..
mmber aku heran tgk aku,
dia ingat aku kena sampuk dgn hantu highway Karak kot.haha

bukan nak menyingkap kembali,
dak pun, cuma tetiba lama laa suka laya nlagu slow2 macam ni.haha
sampai tok aku pun heran,
tok : dulu maw gaya dok dngaq lagu,
bum bam bum bam. la awat dengaq lagu senyap?
kurin : hahaha *cuma mampu gelak jaa*

Saturday, May 28, 2011

[ 52 ] dah lama diam :)

HAI HELO HOLIAU :)
maaf kepada :
pembaca-pembaca
pelawat-pelawat
blogwalker-blogwalker
n others..
yg pernah melawat blog check.
lama dah stop dok update blog.
ntah laa, mood nak berblog hilang sat. :)

*HAHA, maaf, gambaq under 18 XD*

oke, start dengan post ni,
cek mula update blog balik.
dah lama tinggal blog ni sorang2.
btw, cuti aku pun tinggai lagi seminggu ja lagi.
6 or 7 jun dah berangkat pulang ke Cyberjaya.
bermula Semester 4 di MMU.

terkilan + rasa bersalah + seronok + bahagia sat + kecewa = tataw nak describe
its better for me to be me.
there's no other half of me.
juz me,  Amzar Kurin 


"masa yang menentukan segala-galanya"
"kita cuma merancang tapi Tuhan yang menentukannya"


PEACE YAW~
(^_^)


Sunday, May 08, 2011

[ 51 ] SELAMAT HARI IBU :)

ASSALAMUALAIKUM... :)

haa, akhirnya hidup jugak blog aku ni..
aku xtaw pasaipa kalau balik cuti sat, mesti malas nk update.
jadi penyegan pelik. oke, tutp crita kes segan ni.

8 MEI 2011
ada apa dengan tarikh tu?
hari tok wan?
hari mak long?
dey macha, HARI IBU..
mesti ada yg konfius lagi tu.haha
sbelum ni pun aku pun xtahuan jugak trikh hari ibu.HEE :D
back to the story,


TO MY BELOVED MOTHER,
NAMA : PUAN NORAINI HASHIM
TARIKH LAHIR : 13 FEBRUARI 1965
TEMPAT LAHIR : kena check surat beranak balik
BILANGAN ANAK : 3

tanggal 25 NOVEMBER 1992,
Noraini Hashim telah bergelar seorang ibu.
*aku laa tu.haha*
tanggal 3 JULAI 1995,
Noraini Hashim menjadi ibu kepada 2 orang anak.
tanggal 26 APRIL 2000,
Noraini Hashim bergelar..
  " IBU KEPADA 3 HERO "  
*HAHAHA* XD

*Azwar, Ammar, Amzar*

hebat2 kami 3 orang, ibu hebat lagi.
sebaik-baik kami 3 orang, ibu baik lagi.
sesabaq2 kami 3 orang, ibu sabaq lagi.
kuat2 bebai kami 3 orang pun, ibu kuat bebai lagi.
sampai kami 3 orang baru mampu pujuk ibu.
maafkan kami 3 beradik ibu.
amzar dgn adik2 mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
kami taw, kami 3 beradik keras kpala,
suka buat perangai, uji kesabaran ibu.
tpai Alhamdulillah, ibu berjaya didik kami bertiga,
jadi insan berguna.
sampai amzar dah habis sekolah.

MASEH IBU.. :)


I <3 YOU IBU..