Sunday, May 06, 2012

[ 68 ] Bittaufiq Wannajah

Assalamualaikum..

aku check twitter aku pagi tadi.
then seorang sahabat reply tweet aku..


aku tertanya-tanya jugak apa maksud Bittaufiq Wannajah tuu..
ya, aku jahil bahasa arab, aku x fasih..
tp sekurangnya aku cuba paham apa maksud tu..
terpulanglah orang nak kata apa,
"huh, yang tu pun xtau.."

xkisah, ilmu Allah ni banyak, anda dah khatam habis dah ka?? :)

bittaufiq ( dengan petunjuk) wannajah ( dan kejayaan)
ayat ni biasa digunakan untuk wish good luck untuk sahabat2 anda sebagai doa anda untuknya
semoga Allah memberimu petunjuk dan kejayaan.
Selasa ni dah nak final, maybe MMU ja kot yang final..
haa Uniten UniKL sekali, kalau xsilap..
tapi sayangnya aku baru jumpa doa ni hari ni, xpa lah..
sekurang-kurangnya aku boleh kongsikan dengan orang lain. :)
insyAllah lepas ni aku praktik kan.. Aamiin~


Doa memulakan ulangkaji :


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa selepas mengulangkaji :

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْء

Ketika memasuki dewan peperiksaan :

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya:“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Ketika menerima kertas soalan :

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Ketika sukar menjawab :

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Jika anda terlupa jawapan :
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku".


Sumber dari : chocofislam.blogspot.com

apa-apa pun, semoga berjaya Dunia dan Akhirat...
kejar ilmu Allah, insyAllah dapat ilmu Dunia..
bye Assalamualaikum :)

Friday, May 04, 2012

[ 67 ] ikhlas ka ??

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, di kurniakan sifat kerajinan nak update blog lagi untuk hari ni.
mau tidak malas nak mampuihh.. kes tu bersawang 5 bulan..haha
orait, topik hari ni.

IKHLAS

ikhlas ?? orang mudah berkata, saya ikhlas ni..
weh, aku ikhlas tolong hang ni, tumbok satgi kot.
*nak bertumbok pun ada.haha*
aku ikhlas tolong mama aku hari ni..
saye ikhlas tolong awak..
Alhamdulillah, dapat buat puasa sunat ^^


hahaha, pernah baca kan kat twitter/fb sapa2..
nak tanya balik lah kat orang yang ok kata ikhlas ikhlas tu..
hampa ikhlas kerana sapa??
kalau yang bf/gf ni, konfem2 ikhlas sebab pasangan anda, tau dah..
tolak tepi la yang tu..
nih nih, yang tolong mak, kawan2 ni..
yang ikhlas kerana ALLAH ni..
perlu ka update kat fb or twitter?? O_O
anda faham x maksud ikhlas tu apa dia ?
Maksud ikhlas..
Amal hanya untuk dapatkan keredhaan Allah

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalahbaik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baikbagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apayang kamu lakukan. [Al Baqarah :271]"

aku faham, mungkin setengah tu xdak niat pun nak menunjuk-nunjuk..
yang dia buat puasa sunat, dia dah solat zohor..
tapi pemikiran pembaca xsama.. kebarangkalian orang nak kata kita riak..
sangat lah tinggi. bukan aku dengki ka apa, dakk.. aku tolong peringat. :)
sebab aku pun pernah terlintas bila baca status orang kat fb..
apa tah lagi orang lain, berjuta lagi rakyat Malaysia ada fb/twitter..
tara tok aku pun ada fb. hahaha, x caya?? ni link diaa..
tok aku pun maju lahh :P

dah dah, kembali balik kat topik asai..
bila kata ikhlas ni, kalau boleh, kita nak sembunyi benda kita buat tu..
dalam masa yang sama, jangan dok harapkan apa2 lak dari parents/member2..
melainkan laa kalau awai2 lagi dah dinyatakan, dah habaq apa ganjaran..
"adik, tolong abah sat..nanti abah bawak p TGI. adik tolong basuh Ferrari abah.."
amboi, kaya sunggoh pak diaa..
"eh tolong buat ni ni ni, aku belanja abc, oke?""abc jeee?? Tutti Frutti oke la jugak.."

bapak demand la kau niii.. orang offer abc, nak jugak Tutti Frutti.
aku Tutti Kaki jugak orang jenis ni..
*sekali sekala aku cakap key-il xpa kot noo, haha*

haa, paham kan macam mana?? :)
pernah terjadi kot noo sebelum ni ?
mungkin kita sendiri x perasan benda ni, harap2 sama2 kita berubah :)
jumpa lagi, bye Assalamualaikum ^_^