Wednesday, February 26, 2014

[ 72 ] The Patriot Apparel

ASSALAMUALAIKUM 

Guys, kali ni entri nak cerita sikit pasal clothing.
LOCAL CLOTHING


Brand ni masih baru,  The Patriot Apparel.
ada beberapa design yang di pamerkan, disertakan juga ukuran badan.
macam saya yang bertubuh tak berapa nak besar ni..
S pun dah memadai, leweh pakai, x confident nak berjalan haha.
harga pun berpatutan, cuma RM35.
PERCUMA button badge dan sticker..


kalau berminat, boleh contact Patriot Crew dekat FB page atau Instagram.

     

CEPAT ORDER !! SEBELUM 5 MAC 2014 !!
SAYA SUDAH, ANDA BILA LAGI? ^^
support local product guys!
Bang Zac pun dah..



jumpa lagi di lain entri.
Assalamualaikum :)

Thursday, September 26, 2013

[ 71 ] Surat terbuka buat Dato’ Najib daripada Siti Hajar Aladin


Assalamualaikum.
postkali ni bukan original di taip, tapi share saja lah..
riuh pasal Dato' Seri Najib dapat surat terbuka..
so, selamat membaca.

------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Dato Seri,

Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih

Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
ni lah penulis surat tu. Siti Hajar..
berdasarkan sumber dari Oh Media! lah...


aku yang student ni pun terasa duit poket laju ja keluar..
jangan kata nak isi minyak moto, nak makan kadang2 tu pun kena plan.
nak harap parents bagi? memang tak lah, umur makin tua..
tak kan lah memanjang nak mintak dekat parents.
tambah lelaki, tanggung diri pun tak lepas, acano nanti nak tanggung orang rumah ??
perempuan tak pa lagi. tapi perempuan sekarang buat duit lagi ligat aku tgk.
mesti mainstream lah.
JUAL TUDUNG

hahahaha, jangan gelak..  aku gelak takpa..
mana tak nya, buka Facebook, "tolong like page ni. Terima Kasih"
berapa ramai buat part time niaga tudung..
tapi laki pun apa kurangnya. ada, bukan takda..
cuma yang ketaranya nampak dekat sosial network ni, benda tu lah..
so, nak tak nak, cari duit lebih, buat lah apa keja pun.
janji bukan duit haram, pastikan sumber halal, baru berkat.
jadi darah daging oi, jangan amik remeh..
jumpa lagi entri lain, insyaAllah.

Sekian, Assalamualaikum...

Monday, September 23, 2013

[ 70 ] Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammim bi khair

Assalamualaikum.
lama tak jenguk blog ni, sibuk memanjang.
kelas + assignment + quiz + midterm
apa segala bagai.
sekarang, FINAL.

cuma nak share doa ni, mungkin ada yang dah tau.
mungkin ada yang belum. so sama-sama kongsi.
ilmu untuk semua.

Doa dipermudahkan urusan. :)

"Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammim bi khair"
Ya Allah, permudahkanlah jangan dipersulit
Ya Allah, sempurnakan dengan kebaikan


sekian, Assalamualaikum.

Monday, May 06, 2013

[ 69 ] Pilihan Raya Umum ke-13


ASSALAMUALIKUM & SALAM SEJAHTERA

semalam 5 MEI 2013, PILIHAN RAYA UMUM 13 atau lebih trending kat Twitter
dengan PRU13 atau GE13 atau #pilihan #raya #umum
#pilihanrayaumum atau apa2 ja la yg ada hashtag..
ni kaki instagram la nihh, penuhhhhh hashtag kalau caption satu gambaq :P
 sama ja pun, translate dalam Bahasa Inggeris jaa..
keputusan rasmi pun dah keluaq, walaupun saaaaangaaattttt lamaaa baq hanggg~!!
dekat pukul 1 baru umum, erghhhh aku tension semalam, terlalu lama.. --"

masa sebelum umum tu pun macam2 kerenah dengaq... aku pun turut tak berpuas hati..
kenapa nak recount recount recount recounnnnntttt banyak kali bila Pakatan Rakyat menang kat satu2 DUN / Parlimen...
malas dah nak mention sapa yang bertanding dan dok keja kena kira semula tu, benda dah habis dah pun...
pastu isu peti undi hilang pulakkk, Allahualam betoi ka tidak, lepas tu blackout pulakkk...
aihh time2 nak kira undi laa nak padam punn, dan2 buat cerita hantu, haha :)

dah sekian sekian sekian, jam 12 berapa minit tah, umum lahh..
oke ramai2 tengok Najib berucap... oke done.

musykil jugak aku dgn kiraan undi kali ni, yesss aku sokong Pakatan Rakyat..
sebagai penyokong PR, sapa tak musykil ye dak??? ;)
nak betengkaq keluaq tekak pun x guna jugak, hari ni dah 6 mei,
dah lepas 24jam masa terakhir untuk mengundi...
so tengok ja laaa kat FB Twitter, gelagat2 penyokong dua2 belah pihak ni...
tanda protes sebab isu blackout, ramai yang tukaq Profile Picture jadi hitam,
aku join jugak... *org PR kann*
oke tu xpa lagi. yang penyokong2 pihak lawan PR, x yah lah nak
"tengokkk, itu laaa, macam mana MELAYU nak bersatu bla bla bla.."
lepas tu ada lagi, "nak tau sapa yg frust result PRU, tengok laa yg tukaq DP hitam macam Bangla tu"
bro, saja ja kan nak flame? dah menang, dok diam, raikan bersama2 rakan seperjuangan,
 xyah nak flame sana flame sini..
kang ada yg tambah komen, lagi 'terbakor' ekau haaa..
pastu bergaduh pulak kat status2 berkenaan, x matang.

yg penyokong PR pun sama naik, nak jugak marah2,
"SPR kira x betoi, ni x betoi bla bla bla..." *malas nak karang*
come on lahh, aku pun pnyokong PR oke, aku pun marah jugak, xsuka jugak.. tp sabar, chill...
Allah taala punya kuasa nak bagi sapa menang dulu, kalau ya pun pihak BN main kotor ka apa ka...
xyah kutuk2 sana sini, nampak macam kita sama balik...
please, calon2 yang bertanding pun mungkin tak se emosi kita yang bawah ni..
maksud saya, bukan bawah hamba abdi, low class ka apa ka...
bawah sebagai penyokong, rakyat yang menyokong... :)
jangan salah faham oke, jangan ada pulak pihak tertentu saja amik sekerat ayat aku,
 print screen or whatever...
pastu saja buat propa kat internet...
orang macam ni bikin masalah, pencetus!! spark!!

malas nak briefing banyak2 pasai kerenah penyokong mana2 parti
sebab dah tau dah keputusan macam mana...
mesti ada yang kata, kalau depa kata macam ni, kenapa kita x pertahankan? kenapa biarkan?
pertahankan! tapi biaq cara yg betoi, xyah nak sama naik maki2 balik, sedih aku tengok...
ada yang setengah tu, aku tau dia ilmu agama lebih baik dari aku, belajaq lagi bagus dari aku...
tapi pasai pa terlalu emosi? tolong kawal, aku merayu, aku merayu sangat...
 kalau laa kata2 yg disebut, yg keluar dari mulut.
jadi fitnah, kan kita dah berdosa. free ja dosa dapat..
 x kisah la pihak mana sekali pun, dok mana sekali pun...

itu kita tengok keputusan BN menang, PR kalah...
kata lah semalam PR menang, BN kalah, apa yang berlaku..? :)
tolong bukak minda oke... mungkin tiba2 semalam, diumumkan PR 112 kerusi, oke sah menang!!
 *yayyyy aku nak tumpang seronok* :P
mesti ada sesetengah pihak akan syukur kpada Allah Taala sebab bg kemenangan ni, Alhamdulillah...
selama 55 tahun Malaysia bawah BN, kali ni bawah PR... mesti nak tengok benda baru bla bla bla...
 hampa pikiaq sendiri..

oke. ada jugak yang seronok lebih, suka lebih, dan mesti ada punya lah yang akan kata..
"itu laaa, selama ni dok kata mcm2 kat Tok Guru, 
Anwar Ibrahim n sekian sekian sekian hamba Allah yang berkenaan..."
dannnnnn macam2 lagi ayat keluaq... 
nampak tak gambaran macam mana kalau berlaku sebaliknya semalam??
so bila kita kalah, maksud kata, Allah dah tentukan,
mungkin PR belum bersedia untuk tubuh kerajaan baru lepas PRU kali ni..
tengok balik kesilapan kita, imbas kembali kekurangan kita, baiki balik...
mungkin kali ni over confident ka, ada sesetengah pihak ada buat silap kan, 
macam2 kemungkinan boleh berlaku...
baik kerajaan mahupun pembangkang. fikir balik... orang nak kata post kau neutral, atas pagar, biar la.
aku suarakan sahaja, x setuju x yah baca, buat sakit hati baca, baik hampa p berzikir or buat solat sunat. :)

main point is mind your words. takut jadi fitnah. aku tau, yang baca post aku kali macam2 jenis orang...
pemikiran yang berbeza, ideologi yang berbeza, dan apa2 ja la yang berbeza...
xperlu nak berbalah teruk2... nak election pun 4/5 tahun lagi, so chill and relax...
sabar, berdoa kepada Allah mohon apa yang terbaik untuk kita dan semua rakyat Malaysia...
apa? nak kata "alah bro... karang ayat nak penyedap hati la ni.." "dah laaa, kalau kalah tu kalah laaa.."
"dah kalah, ayat baik2 laaa, dulu maki kemain.." YA, aku menyedapkan hati aku, so ada masalah??
seingat aku, selama aku kempen kat FB / Twitter, xpernah lagi aku maki... try la cari kalau ada...
takat post luah rasa kecewa, ayat kiasan tu ada laa, xpernah la lagi buat macam tu..
oke, kalau korang kat tempat aku pun, mesti korang rasa benda yang sama, fikir balik.
tetiba keluaq korang pulak, lagak KL aku ni, phuii... ya laaa, xpayah ambik isu politik..
ambik kes simple simple sudah, xyah nak isu yang besaq2 dan complicated..
kata moto hang kena curi, or selipar kena curi kat masjid, marah betoi tak?
xdak guna pun nak maki2 teruk2... untuk 10 20 saat pertama maki la sat...
kata manusia, sapa tak marah... kita bukan Rasulullah SWT yg mampu sabaq setiap masa..
bukannya hati kita dicuci dua kali dengan ayaq zam zam... manusia, marah tu tetap ada..
yang berbeza, sikit atau banyak..

oke dah, aku rasa dah panjang pelik ja aku punya post ni... 
padahal niat nak study 2 3 jam, sejam yg dapat...
xpalah, sekurangnya apa yang aku fikir, apa yang aku rasa betoi, aku kongsi dengan korang semua...
sori, ter KL.. dengan HAMPA semua, oke? :D tunggu PRU14 pulakk, aku pun nak mengundi nanti...
moral of the cerita, jaga mulut kawal hati, tu penting... oke ??
takat ni saja post aku. all the best kepada yang nak ambik exam, Bittaufiq Wannajah :) 
yang aku tau student MMU dan Unisel ja. U lain lambat lagi kot...
dan kepada kawan2 aku dan sapa2 ja yang dah nak graduate, TAHNIAH sebab dah habis Diploma :D
mintak maaf sekali kalau terkasar bahasa, atau terasa dengan ayat aku..
bab terasa ni xleh kata apa, sapa makan Cheesecake, rasa la cheese dia.
 Kalau x makan, dok diam2, baca :P

lagi satu, post ni bukan pandangan aku sorang, ni luahan housemate aku jugak..
memandangkan aku yang rajin dok blogging *dulunya laa* so aku share kat sini..
jumpa lagi kat post seterusnya, kalau ada laa, hahaha.
blog ni saaaaangat sunyi dari Mei lepas, SETAHUN kot x update. -___-" 

kat sini ada beberapa link yg aku nak kongsikan, ada jugak orang lain yang bagi pandangan..
terpulanglah apa orang nak kata, aku cuma KONGSI PENDAPAT sahaja oke.
nak komen apa2, tolong lah beradab. aku karang ayat baik punya naa, xdak nak cakap bukan2 kat sini.
tolong hormat sama, x kisah la pihak mana sekali pun. *ulang suara* pihak mana sekali pun..
parti pembangkang ka, parti kerajaan ka, parti harijadi ka, parti sampai pagi ka, tolong hormat.. :)

ini yang aku jumpa laa, mesti hampa jumpa banyak lagi..
so apa2 pun, moga semua selamat.
kalau ada tersalah bahasa, tolong tegur.
sekian Assalamualaikum :)



Sunday, May 06, 2012

[ 68 ] Bittaufiq Wannajah

Assalamualaikum..

aku check twitter aku pagi tadi.
then seorang sahabat reply tweet aku..


aku tertanya-tanya jugak apa maksud Bittaufiq Wannajah tuu..
ya, aku jahil bahasa arab, aku x fasih..
tp sekurangnya aku cuba paham apa maksud tu..
terpulanglah orang nak kata apa,
"huh, yang tu pun xtau.."

xkisah, ilmu Allah ni banyak, anda dah khatam habis dah ka?? :)

bittaufiq ( dengan petunjuk) wannajah ( dan kejayaan)
ayat ni biasa digunakan untuk wish good luck untuk sahabat2 anda sebagai doa anda untuknya
semoga Allah memberimu petunjuk dan kejayaan.
Selasa ni dah nak final, maybe MMU ja kot yang final..
haa Uniten UniKL sekali, kalau xsilap..
tapi sayangnya aku baru jumpa doa ni hari ni, xpa lah..
sekurang-kurangnya aku boleh kongsikan dengan orang lain. :)
insyAllah lepas ni aku praktik kan.. Aamiin~


Doa memulakan ulangkaji :


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa selepas mengulangkaji :

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْء

Ketika memasuki dewan peperiksaan :

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya:“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Ketika menerima kertas soalan :

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Ketika sukar menjawab :

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Jika anda terlupa jawapan :
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku".


Sumber dari : chocofislam.blogspot.com

apa-apa pun, semoga berjaya Dunia dan Akhirat...
kejar ilmu Allah, insyAllah dapat ilmu Dunia..
bye Assalamualaikum :)

Friday, May 04, 2012

[ 67 ] ikhlas ka ??

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, di kurniakan sifat kerajinan nak update blog lagi untuk hari ni.
mau tidak malas nak mampuihh.. kes tu bersawang 5 bulan..haha
orait, topik hari ni.

IKHLAS

ikhlas ?? orang mudah berkata, saya ikhlas ni..
weh, aku ikhlas tolong hang ni, tumbok satgi kot.
*nak bertumbok pun ada.haha*
aku ikhlas tolong mama aku hari ni..
saye ikhlas tolong awak..
Alhamdulillah, dapat buat puasa sunat ^^


hahaha, pernah baca kan kat twitter/fb sapa2..
nak tanya balik lah kat orang yang ok kata ikhlas ikhlas tu..
hampa ikhlas kerana sapa??
kalau yang bf/gf ni, konfem2 ikhlas sebab pasangan anda, tau dah..
tolak tepi la yang tu..
nih nih, yang tolong mak, kawan2 ni..
yang ikhlas kerana ALLAH ni..
perlu ka update kat fb or twitter?? O_O
anda faham x maksud ikhlas tu apa dia ?
Maksud ikhlas..
Amal hanya untuk dapatkan keredhaan Allah

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalahbaik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baikbagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apayang kamu lakukan. [Al Baqarah :271]"

aku faham, mungkin setengah tu xdak niat pun nak menunjuk-nunjuk..
yang dia buat puasa sunat, dia dah solat zohor..
tapi pemikiran pembaca xsama.. kebarangkalian orang nak kata kita riak..
sangat lah tinggi. bukan aku dengki ka apa, dakk.. aku tolong peringat. :)
sebab aku pun pernah terlintas bila baca status orang kat fb..
apa tah lagi orang lain, berjuta lagi rakyat Malaysia ada fb/twitter..
tara tok aku pun ada fb. hahaha, x caya?? ni link diaa..
tok aku pun maju lahh :P

dah dah, kembali balik kat topik asai..
bila kata ikhlas ni, kalau boleh, kita nak sembunyi benda kita buat tu..
dalam masa yang sama, jangan dok harapkan apa2 lak dari parents/member2..
melainkan laa kalau awai2 lagi dah dinyatakan, dah habaq apa ganjaran..
"adik, tolong abah sat..nanti abah bawak p TGI. adik tolong basuh Ferrari abah.."
amboi, kaya sunggoh pak diaa..
"eh tolong buat ni ni ni, aku belanja abc, oke?""abc jeee?? Tutti Frutti oke la jugak.."

bapak demand la kau niii.. orang offer abc, nak jugak Tutti Frutti.
aku Tutti Kaki jugak orang jenis ni..
*sekali sekala aku cakap key-il xpa kot noo, haha*

haa, paham kan macam mana?? :)
pernah terjadi kot noo sebelum ni ?
mungkin kita sendiri x perasan benda ni, harap2 sama2 kita berubah :)
jumpa lagi, bye Assalamualaikum ^_^

Wednesday, May 02, 2012

[ 66 ] Nikah . Kahwin . Tanggungjawab

ASSALAMUALAIKUM....

haha, lama kan x update ??
last update 1 DISEMBER 2011..
baru update 2 MEI 2012 !
genap 5 bulan aku x update apa2 entri. kes malas la ni.. =..=

orait, topik entri ni, KAHWIN.. :DD
aku tau, bab2 kahwin ni orang paling syok..
tambah2 yang 20 kebawah tuu, dia cukup galak bab kahwin nikah ni.hahaha
bila dah lebih 20, biasa2 jaa.. sebab dia dah paham kahwin tu ada tanggungjawab. :)
baru2 ni, dok heboh pasai seorang Blogger, yang famous jugak..
dikenali sebagai DENA BAHRIN / DIANAH BAHRIN . mostly budak perempuan kenai laa,
budak2 perempuan yang banyak BlogWalking, follow Twitter dia..
Dena Bahrin ni one of Islamic Blogger yang sesuai dijadikan contoh..
terutama sekali bagi kaum Hawa lah.. yang famous lagi. of course lah Kak Farah Lee kita. haha
jangan kata lelaki xdak. ada... Aiman Azlan , Saiful IslamBro Rohaizad.. ramai lagi..


balik kepada topik asai, Dena Bahrin ni kalau xsilap aku, dia umur 19/20.
lebih kurang baya aku la jugak.. dia nikah 28 April 2012 baru2 ni..
aku tau sebab dk riuh kat TL Twitter aku, dok dena bahrin dena bahrin..
rupanya blogger.. check p check mai, eh muda lagi dia kahwin..
ni ada 1 gambaq, paling sweet, paling aku berkenan.. :DD



yang bestnya pasai pernikahan Dena Bahrin dgn Soffian Ariff ni,
depa nikah dulu, baru bercinta.. nampak dak permainan dia?? haha. 
pastu ramai lah yang berkata, bestnya syoknya kahwin awai n bla bla bla..
memang lah best. tapi kena ingat,
mendirikan rumahtangga datang sekali dengan tanggungjawab..


ingat x masa sekolah rendah or masa sekolah menengah..
meti budak laki dok perli/kutuk budak2 perempuan, senang jadi laki.
simple. easy. x complicated macam perempuan.
standard la tuu, ayat budak2 x matang. haha
pastu bila dah habis sekolah, masuk U, ada pulak dok cakap..
mudah jadi perempuan, kahwin. settle~ 
bila sebut kahwin.. baguih kahwin awai, elak zina..
yaa, memang betoi.. tapi kena pikiaq ke depan.



kahwin ni, satu benda yang berat sebab melibatkan soal amanah,
kena ada tanggungjawab dan hubungan suami isteri sampai mati.
perkahwinan ni ibarat satu alam, penuh dugaan dan cabaran..
sebab tu kahwin ni bukan benda mudah nak habaq bagi.. :)
kalau cakap nak kahwin awai, orang first akan bantah, parents. haha
sebab apa bantah..
parents pihak perempuan mesti nak kehidupan anak dia terjamin.
bukan bermakud nak kena jadi jutawan minyak sapi baru boleh jadi menantu..
dak.. yang penting pendapatan tetap..


bila ada member2 yang sembang bab nak kahwin awai,
aku malas nak cakap sangat, diam sudah.. x berminat, sebab diri sendiri pun x kerja lagi.
tapi x pa laa, setengah tu mmg dah ada plan, habih belajaq bila..
nak keja bila, cari duit, pastu masuk minang teruih.
kira baguih la yang jenis ni, perancangan tu ada. :) cuma...
xtau la pihak perempuan macam mana. bukan apa, xdak niat pun nak kutuk perempuan. serious.
kalau x, x jadi la kes, perempuan p kat orang lain, sebab pihak laki lambat buat keputusan.
perempuan ni selalunya nak instant, x mau / x suka tangguh lama2..
tapi kalau yang betui sayang, insyAllah dia tunggu.. :)

TANGGUNGJAWAB.
bila cakap bab tanggungjawab, rasa macam mana? berat kan?
nak jadi husband, lagi lah berat.. dah nak kena bimbing isteri, sampai satu masa..
dapat anak, kan dah jadi bapak.. ;)
sebelum kahwin, tanggungjawab kita sebagai lelaki cuma kat parents.
bila dah berkahwin, tambah lagi seorang, isteri.
bila dah bertambah ahli keluarga, anak-anak tu tanggungjawab kita jugak.
bila cakap bab kahwin, nafkah batin. LOL =..=
memang anda belum matang lagi, pemikiran still dok sangkut dengan nafu tu.
nafkah zahir pun kena bagi kat anak bini weh.. xkan nak tengok depa makan pasiaq kot ??



haaa, nampak apa benda kat gambaq atas ni..
tu semua tu tanggungjawab kat lelaki yang bergelar anak/suami/bapak tau..
kata lah si isteri pun kerja jugak, makan gaji la senang kata..
walaupun gaji dia 5K sebulan, kita cuma 4K sebulan..
semua benda yang melibatkan duit, kita kena keluaq duit..
mau kata bini x mau bagi pun, tu hak dia.. duit dia sendiri, pendapatan suami yang kena share.
macam gambaq bawah ni laa..


tapi kalau dah nama pun berkeluarga,
xkan laa isteri tu hati kering sangat xmau share, hahaha. :P


 Hukum-Hukum Perkahwinan

Hukum asai  perkahwinan adalah harus sahaja,
tapi ada kemungkinan boleh bertukaq jadi wajib, sunat, haram dan makruh
ikut mana-mana yang sesuai.. bergantung keadaan orang yang akan tempuh alam perkahwinan.


Perkahwinan yang wajib.
    Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin,
     sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.
    Perkahwinan yang sunat
    Orang yang disunatkan berkahwin ialah
    orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri
    dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.
    Perkahwinan yang haram
    Orang yang diharamkan berkahwin ialah
    orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi..
     kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan
    terhadap pihak yang lain seperti orang gila,
     orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat
    yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.
    Perkahwinan yang makruh
    Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah
    orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk
    berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi
    ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.
    Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.


SO...
apa macam? nak kahwin di usia muda?
duit poket dah cukup ka nak tampung semua? ;)
memanglah, kalau xmampu sangat nak kawal diri, dah wajib kahwin..
tapi kalau x couple, insyAllah xdak apa2 diluar kawalan..


Sabda Nabi s.a.w : " Wahai pada pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, kerana kahwin itu boleh menjaga pandangan dan boleh menjaga kehormatan. Jika kamu tidak mampu maka berpuasalah, kerana pada puasa itu ada penjagaan "

so, puasa pun dah cukup.. :)
aku cakap bab kahwin ni bukan apa..
dok tengok kat twitter dengan FB aku..
ada ja dok update pasai jodoh jodoh jodoh.
aih, pakat nak menikah dah ka?? baru setahun jagung..
jangan kata Ijazah, SPM pun xhabih lagi. =..="""
okelah, jumpa di lain entri, moga-moga aku rajin ikit update blog lepaih ni, HAHA
la banyak dok twitter, FB slow sikit, dah xdak benda..

apa pun, sapa yang dah berumahtangga atau berkeluarga..
atau yang baru nak kahwin tu, semoga kekal hingga akhir hayat..
biar romantik tu kekal sampai tuaa, jangan masa muda jaa.
contohi Tok Guru.. ^_^ 


bye, Assalamualaikum... ^^

Thursday, December 01, 2011

[ 65 ] Tutorial ANGRY BIRD (Part 2)

Assalamualaikum :)

orait, ingat lagi x tutorial hari tu?
ANGRY BIRD MERAH
haha, tu part 1.. burung kaler merah.
kali ni aku buat kaler BIRU MUDA, alaa, yang kecik tu..
oke, ni gambaq rujukan aku buat PaperCraft..


oke, macam biasa. sediakan semua peralatan yang patut.
- kertas biru muda saiz A4, pastikan keras dari kertas kajang dok jawab exam tu.
- peralatan2 melukis, pensel, pen, marker pen, pembaris, 
- peralatan memotong, Pisau Rambo Swiss Blade tu.HAHA.. dak aih, cutter besa ja.
semau dah tersedia, dengan lafaz Bismillah..
haa, lukih laa, cangok bulu lagi.haha


macam yang burung merah tu aku buat ukuran,
4cm X 4cm
yang biru ni kecik sikit,
3.5cm X 3.5cm
bentuk sama jugak, SEGI EMPAT SAMA.
pastu, bahagian mata n paruh Angry Bird yg kaler kuning tu,
lukis atas kertas kuning x putih, berasingan.


dah lukis, pastu potong, lekat yang paruh kuning tu atas kertas putih.
patu lukis mata dia, pastu potong pulak.
last sekali baru lekat kat kertas biru tadi.
*memang renyah pun buat benda alah ni, bnyak benda nk kena potong*
macam besa, HATI HATI. kot pisau terpelanting tikam mata ka.HAHA


kali ni aku buat dua. sebab rajin lebih.hahaha
ignore gambaq2 spongebob tu.
actually tu Tatoo yang dapat dalam cinggam dua kupang tu.
saja gatai tangan lekat kat meja. :D
*CINGGAM : CHEWING GUM*

so, dah lipat2, gam p gam mai..
siaplah Angry Bird Biru aku ni..

oke, depa xcukup adik beradik.
sepatutnya ada 3 EKOQ, tapi kertas xcukup, dua ja laa.
aku buat dua ekor ni, amik masa 30 minit jaa.
then aku bagi kat kawan aku satu, n adik dia satu.
sebab adik dia yang darjah 3 tu baru lepas sunat.

aku bagi kat kawan yang kiri tu.
Fadhly Azman, yang pakai baju Tanah Tumpah Darahku..
*gambaq lama, tapi tahun ni jugak la*

oke, so, macam mana? yang dulu dah try?
yang domo tu mungkin susah sikit laa, yang ni mudah banyak.
orait, jumpa lagi lain entri.
aku ingat nak kutuk2 cerita Twilight Saga : BREAKING DAWN tu laa.HAHAHA
sebab apa, wakil SUARA HATI LELAKI. :D
tunggu lah, nanti aku update.

chow dulu. Bye, Assalamualaikum. :)

Sunday, November 27, 2011

[ 64 ] Kawan & Akaun Facebook. Apa kaitan??

Assalamualaikum..

sori naa, 4 hari senyap kat blog ni.
hahaha, besa laa. seronok jadi Birthday Boy sat.HAHA
25 November dah lepas dah pun. :)
 thanx a lot to my..
family, kawan2 sekolah, kawan2 MMU,
kawan2 PLKN dulu, junior2 sekolah mahupun sekolah lain.
senior2 yang mana mengenali diri ini.
TERIMA KASIH !!

oke, topik hari ni.
KAWAN FACEBOOK
macam2 orang tau dak kat FB ni..
yang paling xleh blah, yang ada akaun lebih dari satu.
4 5 AKAUN FB DIA SAJA..
aku pun xpaham, jenis ni style approve orang ikut dan ja kot.
sebab apa ada akaun banyak, sebab FRENDLIST dia dah penuh..

Friendlist kat FB ada 5 zon :-

1) 500+- : kawan2 terdekat, jarang online, xpun Badan Penapisan Orang(BPO).HAHA
2) 1000++ : berpotensi nak ramai lagi ni. still selamat lagi..
3) 2000++ : anda berada di tengah2. jangan risau, tetap selamat. makan cikedis dulu~ ^^
4) 3500++ : hati-hati.. dah paras separa bahaya~!!
5) 4500++ : hang siap sedia akaun FB baru ja laa. habis cerita~ xpun buat page teruih.

*so, anda berada di zon mana? HAHA*
aku dok nombor 2, sebab tu aku tulis benda alah ni. :)
xkisah pun hampa kawan ramai mana.
masalahnya yang aku dok tengok kritikan2 kat Newsfeed aku.
ialah, orang lain pening nak contact akaun mana satu.
macam mana orang xpening.
kalau kata 5000 akaun ni orang Penang saja, so untuk orang Penang saja laa.
kalau akaun ni orang Perlis saja, so Perlis saja laa..
kalau dah buat dua akaun tu, so akaun satu lagi xperlu add orang yang sama.
tu pendapat aku laa...
tu kalau sebab Friendlist penuh laa.haha
ada jugak sebab2 lain pasai pa ada banyak akaun..

4 alasan pasai pa seseorang tu ada 2 akaun FB.
1) FB dia dah penuh, fren dah ramai gila.
macam aku cerita kat atas tadi laa.
5000 serba 1. HAHA.. dah macam hantaraan nikah XD
2) saja seronok2 nak buat lebih akaun.
seronok2 ni banyak sebab, selalunya sebab naik main game.
ya laa, macam main Mafia Wars, nak cari geng..
so kena buat banyak akaun. tapi xpa la xganggu orang lain.
3) lari dari ef bf/gf, xpun mana2 stalker.
HAHA, ni untuk keselamatan bersama.
satgi dia dok stalk gila gila, pastu buat cerita kat orang.
kalau EX n STALKER, orang yang berbeza, so perbuatan dia berbeza.
cuba kalau orang yang sama, EX-STALKER.HAHA.. haa, mampuih la hampa..
4) takot seluruh kaum kerabat keluarga tau aktiviti.

 aku rasa orang buat sebab ALASAN NOMBOR 4. HAHAHA
ya laa, takot parents dia or kaum kerabat dia dok amik tau pasai dia.
pergerakan dia, so dia buat akaun baru.
akaun yang ada kaum kerabat, ayat semua baik2 jaa.
yang satu lagi, jampi serapah, maki berkandaq habaq hang~ HAHA

so, takat tu ja laa info aku yang aku tau.
jumpa lagi next entri.
Bye, Assalamualaikum :)
 

Wednesday, November 23, 2011

[ 63 ] Respect & Hormat

Assalamualaikum :)

apa cerita? seronok kan hari tu Malaysia menang?
HAHA, riuh beb~ p kelas pun dok sembang pasai bola.
balik kelas bola lagi, p makan pun ada lagi nak sembang pasai bola..
*dia pun nak jugak~ haha*
tapi kan, bukan kata lelaki ja cakap bab bola..
perempuan pun xterlepas jugak.. TAPI..
bezanya lelaki n perempuan sembang pasai Malaysia menang semalam.

lelaki : "bola Baddrol cun oo semalam~"
"huih, Khairul Fahmi tepis jugak bola, 2 kali beb.."
"perghh, Diego main tolak habaq hang~"

perempuan : "heee, tengok x Khairul Fahmi semalam, dia baca doa "
"Baddrol hensem kan masa nak sepak penalti tu~ >.<"
"rambut Diego smart. suka suka suka. ♥♥♥ tapi I xsokong Indon~"

can u spot the different? even though they talk about the same player. :D
hahahaha, ni selingan jaa. bukan nak kutuk..
cuma ni benda ni fakta, nak perli sikit2 jaa :P

OKE, balik ke tajuk asal. dah simpang jauh dah ni.
bola dah Menang, ni tajuk lain.
sebelum tu, baca dulu gambaq bawah ni..


yang berkenaan, IDENTITI ANDA SELAMAT.
jangan risau, kat FB aku, aku hide wall.
orang xkan tau hang sapa.bukan xpuas hati dengan hang, xpun.
cuma kongsi sebagai pengajaran untuk orang lain. :)
aku xamik hati laa bro, aku oke ja.

oke, mesti diluaq sana pernah jadi situasi lebih kurang macam ni?
kalau ikut angin aku, memang aku panas jugak lah.
dah hang aku, aku oke lagi, sebab orang utara jugak..
tapi gaya tu dah mula nak kasaq.
bukan apa lah, yang tua harus dihormati..
bukan kata nak suruh sujud kat kaki, ampu sampai dah xlarat ampu.
bukan... cuma cara percakapan n bahasa penulisan tu..
contoh lah, kita p kedai makan kaa mana2 kaa..

=  CONTOH SITUASI =
kat kedai makan tu ada pekerja2 yg lebih tua dari kita..
kita bajet 2 3 tahun ja tua.. xkan la teruih teguq macam ni..
"bang, bagi AKU Teh O Ais satu, makan AKU nak Nasi Goreng"
hahaha, kalau aku jadi abang tu pun, aku angin weh..
silap2, la la tu jugak, dia baling kain lap meja tu kat muka.
kalau kena yang jenis panas baran laa.

so, sepatutnya cara panggil, selalunya la kan..
"bang, bagi SAYA Bihun Sup, minum SAYA nak Laici Ais jaa, cepat sikit naa"
baru lah dia sejuk hati..
so, samalah di laman2 social, FB ka, Twitter kaa, Blog kaa..
kalau Brader or Sister tu kita dah kenai lama,
mungkin la dia xkisah sangat, tapi apa2 pun..
kenalah RESPECT dia, HORMAT dia.. :)
*respect dan hormat, sama ja pun.HAHA*

so, moral of the story..
kat mana2 pun kita p, kena hormat yang lebih tua..
xkira lah setahun ka, 2 tahun ka..
tambah2 yang kita tak berapa nak kenal lagi.
oke, habis di sini saja..
jumpa lain entri.. n last word.
HARIMAU MALAYA,
SEMOGA BERJAYA MALAM NI~!!

oke, chow dulu, Bye n Assalamualaikum :)

Tuesday, November 22, 2011

[ 62 ] HARIMAU MALAYA~!!

ASSALAMUALAIKUM~
permulaan yang agak semangat.
xpernah-pernah aku capslock XD

oke, macam kita semua tau..
SATU MALAYSIA TAU..
SATU MALAYA TAU..
SKUAD HARIMAU MALAYA KITA
MENANG~!!
menang final bola sepak sukan sea 2011


*gambaq ni ja aku jumpa elok pun*

yeah! ahah, you know what it is~
black and yellow black and yellow
black and yellow black and yellow
yeah!  MALAYSIA , you know what it is~

tahniah Khairul Fahmi Che Mat n Baddrol Bakhtiar..
sebab jadi hero malam ni. tahniah jugak player2 lain.
gila habaq hang~ part PENALTI tu..
boleh buat semua orang SAKIT JANTUNG woo~!! =.=
dup dap dup dap dup dap~
kalau gol xpa jugak, ni xgol..
uuhhhH~ pecah hati rasa.. O_O
bola Baddrol cool habis...
ingatkan xgol, then bola bergolek masuk gol..
semua pakat GOOOOOOLLLLLLL~!!! tunggu lagi.hahaha
ni ada video aku jumpa..


memang mendebarkan.HAHA..
btw, pasai pemain nama Fakri tu..
memang la si Fakri main teruk malam ni, aku pun setuju.
tapi kalau bukan dia gol hari tu, tak merasa kemenangan laa :D
bukan apa, ada jaa pihak yang kutuk dia..
dengan eja nama dia, FUCKri.. bab kutuk laju ja kan..
xkisah pun kalau nak baut lawak pasai dia.
tapi xpayah la sampai kutuk nama. penat mak pak dia bagi nama elok2.
contoh aku jumpa kat FB.

situasi : dipadang bola seorng bapak melihat keempat2 anak nya bermain bola
selepas habis main bola..


bapak : sapa idola kamu?
anak 1 : saya nak jadi macam Khairul Fahmi!
anak 2 : saya nak jadi macam Baddrol Bakhtiar!
anak 3 : saya nak jadi macam Muslim Ahmad!
anak 4 : saya nak jadi macam Asraruddin Putra!
bapak : baguih semua nk bagi pemain bola sepak tapi..
 kamu jgn sesekali jadi mcm Fakri Saarani..ingat pesan bapak!

kaw kaw depa buat dialog.haih
sekali lagi ucapan tahniah..
  TAHNIAH SKUAD HARIMAU MALAYA  

xkisah la gambaq lama pun kan.. :D

apa apa pun, kita berdoa supaya Skuad Harimau Malaya.
semoga selamat sampai Malaysia. konfem ada ja xpuas hati.
jadi macam hari tu, kena guna kereta kebal nak masuk stadium.
gila ka apa, kira dah darurat la tuu..
memang kenalah Indonesia..
hampa KENCING lagi kat BENDERA MALAYSIA..
siap tulis FUCK lagi kat bendera tu..
Allah dah balas dengan perbuatan hampa.
kalah kat tempat sendiri lagi, terimalah. :)
tu pun Indon dah HACK website Harian Malaysia.


memang xpuas hati teruklah nampak gayanya.haha
aduh, macam2 bila berkaitan bab bola ni.
tapi bayangkan kalau kalah.
mesti kita menangis macam dia ni..


biasa la..
ADAT PERMAINAN..
lebih sedih bila kalah kat tempat sendiri...

tengok.. Spongebob dgn Patrick pun sokong gak.HAHAHA

btw, sebelum ending..
aku mintak maaf if ada xpuas hati dengan post ni.
mesti ada yang akan kata,
"alah kau, buat ayat good-good je~"
"ayat baik laa konon" 

haha, memang la kutuk tu best. kepuasan. FAKTA
tapi bila kita kutuk balik..
kira sama la macam penyokong Indon.
BE PROFESSIONAL.
bukan nak buat bagus, tapi aku cakap apa yang patut. :)

oke lah, chow dulu, Assalamualaikum ^^

  TAHNIAH HARIMAU MALAYA~!!  
*xpernah-pernah aku semangat macam ni.HAHA*

Saturday, November 19, 2011

[ 61 ] Kawan + Masalah = Normal

Assalamualaikum reader2. :)

semua orang kat muka bumi ni, ada kawan.
betoi x? kalau hang xdak kawan, walaupun sorang..
memang hang ni looser.
baby yang baru buleh merangkak pun ada kawan.
walaupun kita xpaham apa depa cakap.haha

pasai pa post bab kawan?
sebab newsfeed kat FB aku penuh bab problem dengan kawan2.
first of all, nak habaq bagi laa..
korang touching dengan kawan korang..
*korang?? KL la pulak aku ni.HAHA*
oke, hampa problem dengan kawan hampa,
xkisah la touching kes apa2 pun laa, dia dok pinjam pen kaa.
naik keta p mana2 selalu tapi xbayaq duit minyak ka.
ayat dia pedih ka, kasaq sangat kaa.
korek idung calit kat baju ka.HAHA
*ada ka jenis ni??*
nak tanya sikit..
perlu ka post problem tu kat FB, Twitter? huh?? O_O"

contoh..
"aku dah lama terasa hati dengan hang,
hang baut aku macam ni. bla bla bla~"

seriously aku cakap, benda xkan settle kalau buat macam tu..
you must solve the problem by your own.
how far you run away, you will face the same problem again.
whether the same guy, or the other guy

kata lah, hampa terasa hati dengan kawan sekolah..
xselesaikan pun problem dengan dia, pastu masuk zaman U..
tengok2 jumpa balik dengan orang yang perangai sama dengan kawan sekolah dulu.
HAHA, dah berdepan dengan dua masalah yang sama.
tapi xtaw nak settle macam mana. kan rugi?? :)
kalau xsettle jugak masa zaman U, bila dah berkerja..
jumpa orang yang perangai sama. memang xkan habis~ =.=
"what goes around comes around"

bila hampa post kat FB, buat status??
"aku dah lama bersabaq dengan hang, bla bla bla bla~"
*3kertas kajang pun xhabis mau nak tulis =.=*

yaa, orang like~ setuju dengan apa yang anda katakan.
seiring dan sejalan orang kata..
komen pun, "a'ah kan, xpatut la dia buat macam tu laa, bla bla bla~"
yes, anda backup. tapi akan ada pihak ke-3, ke-4, le-5 dan sebagainya...
setengah tu bukan nak PERBAIKI keadaan, tapi PERBURUK lagi keadaan ada laa.
so, dah jadi BIG PROBLEM. nampak x?


the BEST WAY is..
Face to Face. Slowtalk.
ade bran?haha
*ade berani?*
cakap kata nak jumpa ja laa,
bukannya bawak geng nak bergadoh.

punca sikit, nak angkat geng taboh. haih laa..
mesti bila nak fac to face, xberani. betoi x?
memang la cuak, tapi tu jaa cara nak selesai..
lagi satu masalah,
takot nak terima kesalahan dan takmau ngaku kesalahan.
bila cakap macam ni, balas balik macam ni macam ni...
kena belajaq menerima laa. GIVE AND TAKE tu penting.

 adat bila berkawan, biasa la ada masalah sikit2..
sebab dok riuh, tu jadi besaq. sebab tu lah...

Kawan + Masalah = Normal
even kawan baik berpuluh-puluh tahun pun,
dari kecik sampai ke tua, mesti pernah bergadoh.
percayalah, tanya parents kita ka, apa kaa..
bila bergadoh tu buat kawan2 lagi rapat.
tapi xdak la nak kena bergadoh tiap2 hari.HAHA
Kawan + Gadoh = Erat

so, semua ada masalah, tak dak sapa pun xpernah xdak masalah kawan2. :)

tengok macam Tom n Jerry,
bergadoh punya la teruk, tapi last2 baik jugak.
tu la contohnya. :)



macam Luigi n Guido nii..
benda kecik pun nak gadoh, sapa yang xtaw..
kena tengok la Cars or Cars 2 :D



"Everybody fights now and then, especially best friends.
But you got to make up fast.."
"No fight more important than friendship"
"Whoever find a friend, find a treasure."


so, yang mana ada masalah tu, selesaikan la cara elok.
n aku nak mintak maaf, bukan nak buat pandai, cakap kemas aku tau semua benda.
tidak sama sekali.. aku pun pernah ada masalah dengan kawan2,
aku dah lalui, so, aku share dengan hampa.
bukan aku cakap saja naa. :)

jumpa di lain entri.

Bye, Assalamualaikum ^^